Wednesday 29 January 2014

Ikut laluan baru

I buat keputusan untuk mencuba laluan baru unutk ke Shah Alam. I nak elakkan bayar tol RM2.80 di Guthrie Highway, i lalu Jalan Batu Arang (betul ke itu nama laluan tu?) Masa i pertama mencuba tu, pada hari sekolah mula bercuti. Memang la seronok...laju aje laluan, kereta banyak tetapi perjalanan tiada sekatan. Selama 2 bulan, hati senang...tetapi apabila musim persekolahan bermula, adoi makkkkk...terkejut i apabila seawal pukul 6.45 pagi, sudah berderet panjang kereta merangkak naik laluan berbukit selepas Puncak Perdana. Bukan itu sahaja, selepas Alam Damai pun kereta dah mula bergerak perlahan. Sakit jiwa dibuatnya...

So hari ini, i follow kawan i yang selalu keluar dari rumah antara pukul 6.50 - 7.00 pagi dan sampai di pejabat sebelum pukul 8.00 pagi. Laluan Meru, itu lah jolokan i untuk laluan baru ini.

Memang best! Samada hari ini trafik memang sikit di laluan ini atau apa, perjalanan hanya 40 minit sahaja. Waaahhhhh...seronoknya! Bayar satu tol 60 sen sahaja. Cumanya, sebab takut terlepas pandang kereta kawan i tu, i kurang peka sikit pada laluan i. Hmmm.....anyway, rasanya i boleh gerak sendiri kot esok, lusa...pas CNY break ni. Let's see...

Happy Chinese New Year everyone! 

No comments:

Post a Comment