Friday, 10 January 2014

Ditakdirkan tak dapat

Dua minggu yang lalu i dan suami menghantar anak lelaki kami ke RMC untuk sesi pemilihan memasuki RMC. I memang la tak bersungguh nak anak lelaki i ke sekolah berasrama penuh tetapi i tetap sokong hasrat suami i. 

Sesi pemilihan berlangsung selama 7 hari. Kami dimaklumkan bahawa seramai lebih 4000 orang telah memohon untuk masuk ke RMC. Seramai 550 orang telah dipanggil untuk sesi pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya 250 orang yang akan terpilih. 

Anak i, memang i tau akan lepas ujian kecerdasan dan kecergasan. Anak i tu memang cergas dan cerdas. I harus akui. So sebelum meninggalkan anak i di RMC, i berpesan agar dia buat bersungguh2 semasa ujian pemilihan dijalankan. Jika ada rezeki, boleh lah meneruskan pengajian di UPNM. 

Selepas 4 hari, anak i kol memaklumkan yang dia tak terpilih. Tersentak juga i mendengar berita itu. 

Ada hikmah kami menghantar dia ke sana. Walaupun dia ditakdirkan tidak dapat diterima masuk ke RMC, kami dapat maklumat tentang keadaan tulang belakangnya yang kurang sempurna. InsyaAllah, selepas ini, i akan dapatkan nasihat pakar tentang keadaan dia dan mudah2an dapat diperbaiki.

Allah jua Yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment