Saturday, 10 February 2018

My 7 beautiful, adoring kids

Assalamualaikum

Beberapa tahun yang lalu, semasa Ana mula menulis dalm blog, Ana ada bercerita tentang pengalaman Ana melahirkan anak, dan juga serba sedikit tentang anak-anak Ana. Ana mula menulis dalam blog pada tahun 2011. Kini sudah 2018. So, anak-anak Ana semuanya sudah remaja. Alhamdulillah, semuanya sihat, cerdas dan comel...hehehehe..

Anak sulung Ana kini sudah hampir 3 tahun bekerja. Sudah mempunyai kereta sendiri. InshaaAllah tidak lama lagi, menjadi isteri orang.

Anak kedua, baharu tamat pengajian dalam bidang Matematik. Sedang mencari pekerjaan. Mudah2an Allah kurniakan rezeki, beroleh pekerjaan tidak lama lagi.

Anak ketiga, akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan inshaaAllah dalam masa 6 bulan lagi. Alhamdulillah, sudah mendapat tempat untuk latihan industri walaupun jauh dari rumah, syukur ada elaun yang akan diterima dan ada rumah pakcik untuk ditumpangi sepanjang masa latihan industri.

Anak keempat, sudah di dalam tahun akhir pengajian peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan juga. Mudah2an keputusan peperiksaan yang bakal keluar tidak lama lagi ini adalah keputusan yang baik dan tiada mana-mana kursus yang perlu diambil semula. Graduate on time harapannya.

Anak kelima, sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Kini sedang menimba pengalaman bekerja di sebuah stesen pam minyak. Dapatlah juga duit untuk belanja diri sendiri. Mudah2an keputusan peperiksaan SPM yang akan diterima dalam bulan Mac? nanti adalah keputusan yang baik yang akan membolehkan dia masuk ke universiti untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminati. 

Anak keenam, sudah berada di tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan umum. Syukur, prestasi pelajaran meningkat baik walaupun aktif dengan kegiatan kokurikulum. Sekarang ni terpilih untuk bermain bola keranjang mewakili sekolah. Aktif juga macam ibunya dulu2...hehehehe..

Anak ketujuh, yang juga yang bongsu, sudah di dalam tingkatan 1 sekarang. Nampak macam rajin dan lebih matang sedikit tentang pelajaran berbanding sebelumnya. Pun rajin melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Ana angkat topi dengan dia sebab walaupun tau peluang untuk terpilih ke dalam pasukan atau untuk menang adalah tipis, masih bersemangat untuk terlibat dengan aktiviti sukan.

Sungguh Ana bersyukur kerana Allah kurniakan Ana dengan anak-anak yang taat dan baik. Kekallah mereka begini hendaknya. Aamiin..

👪👪👪👪👪

Ana


No comments:

Post a Comment