Tuesday, 31 January 2012

Yes! I berjaya!

aduhhhh.....berhari2 berniat nak update blog...hari ni i paksa diri i...curi sikit masa yang dipinjamkan...

okay, apa i nak tulis ye? sikit pasal kesibukan i la... hmmm...eh! citer pasal apa yang i rasa i happy sangat dan beri pengalaman berbeza kat i...

i telah ditugaskan untuk menghasilkan satu montaj. i memang haru biru la tau pasal montaj ni. berhari2 fikirkan storyboard. storyboard punnnn tak berapa nak tau...siap i tanya kawan sana sini. Kawan siap bagi laman web untuk i baca...tapi pada akhirnya, i berjaya juga buat storyboard. bila dibentang kepada colleagues dan bos, dorang okay. so, satu step dah lepas.

next step, kumpul bahan...puas la minta sana sini bahan soft copy...i pulak pada masa sama ada tanggung jawab lain..yang ad hoc dan hakiki. so akhirnya i kurang beri tumpuan kepada menghasilkan montaj walaupun i sepatutnya ikut tarikh-tarikh yang ditetapkan event manager. tiba2 je dah sampai tarikh i patut present the progress. Panik i jadinya...baru la i beri tumpuan sebab masa tu, lagi dua minggu sebelum event. masa sama, tugas hakiki dan ad hoc masih berterusan. lebih hebat, exam papers untuk disemak pun dah masuk...dateline, dua minggu juga...panik giler i jadinya.

akibatnya, ada hari2 yang i tak tidur malam...dan ada hari2 i kena ganti tidur...menunjukkan betapa 'pandainya' i mengatur masa...

so, setiap hari menjelang hari2 terakhir event dan due date markah peperiksaan harus dimuat naik ke sistem, i bekerja hampir siang malam...dan hujung minggu i, tiada cuti, i kerja round the clock...

masa hari bekerja pulak, sekejap i di pejabat, buat keje pejabat, konsultansi, training, pas tu lari ke studio tempat montaj dibina. Hampir setiap macam tu...

Tapi yang paling i cukup bangga dan sangat terhutang budi adalah staf teknikal yang bantu i buat montaj tu. Mereka dedicated, creative dan baik hati. Walaupun hakikatnya, itu adalah arahan tetapi bagi i, komitmen mereka memang terpuji. Sebelum semua bahan sampai kepada mereka, mereka dah create platfom berdasarkan storyboard i.

Bukan saja montaj kami kena sediakan, kami juga bertanggungjawab menghasilkan video sempena program / event yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari 2012. Big do for my department.

Bagi i, jika team teknikal ni tak commited, habis la i...

So, 4 hari sebelum program, i tayangkan apa yang kami dah buat. Banyak komen...komen membina dan mengajar i agar lebih teliti. Perubahan laaaaagi....keluh i. Staf teknikal yang bertanggungjawab tak boleh kata apa la, menurut perintah. Kena buat pembetulan dan penambahbaikan. Video wawancara bagaimanapun selesai dan sedang diedit.

Lagu / muzik untuk masuk ke video montaj i baru pilih pada hari 4. Baru download dari website. Itupun staf teknikal yang ajar i. Download pun 5 lagu je...antaranya satu lagu Kpop yang popular dan lagu dari Neneh Cherry...lagu yang berentak moden, hard beats...whatever...dance all in one.. Yang i tau, bos i kata, big bos suka lagu yg ada ciri futuristik? Hmmmm...

Sehari lagi ke event, montaj tak siap lagi. Staf terbabit duduk depan komputer iMac super sofisticated pada pandangan i dengan skrin besar dan all the right gadgets, dari awal pagi sampai la completion. I duduk sebelah dia...monitoring...suggesting. Hari itu adalah hari rehearsal event.

Pukul 2.45, bos i dah kol dari dewan bagitau, 'hurry up! big bos nak sampai dah...!' ooops! i dah risau sebab, staf teknikal masih lagi buat apa yang dia patut buat..i pun tak tau nak sebut apa. alaaaa...macam dah ada rumah tapi nak hias...cam tu la...

Pukul 3.30 baru setel semua bahan fully prepared to put together. Kami run the video, buat pembetulan itu la, ini la...dan bila dah puas hati, lagu yang dah pilih dimasukkan ke dalam video. Sebab masa lagu running dan video tak sama, kami mix dua lagu, starting lain sehingga satu bahagian cerita, dan kemudian di hujung cerita, masuk semula lagu pertama. Keseluruhan lagu Kpop tu digunakan dalam montaj.

Hasilnya? Voila!!! Sempat juga kami tambah elemen surprise dalam video montaj. I berkejar ke dewan dan tayangkan hasil...alhamdulillah...good review.

Dan hari ini, 31 Januari 2012, video montaj itu ditayangkan secara rasmi ke semua peserta event. Dan.....alhamdulillah...rata2 yang menyaksikan, puas hati...

Teknikal bukan kepandaian i...tapi yang buat i hepi sesangat...lagu2 yang i pilih kena dengan video montaj!!

Senyum meleret i tau...bos puji!

All in a day's work of Rozzana....

(hehehe...bahasa rojak i ni kalau pencinta bahasa baca...mau nangis dia..)


1 comment: