Monday, 14 May 2012

Erti persahabatan

I pernah bercakap berkenaan kawan dan persahabatan dalam blog i tidak lama dulu. Kali ini i masih juga nak menulis tentang hal yang sama. Hanya ingin berkongsi perasaan.

I terasa bersalah kerana mengkritik seorang kawan di belakangnya. Dia baik tetapi bak kata orang tu, kena baik2 dengan dia. Selepas puas mengkritik, pagi ini i tersedar, dalam i mengkritik orang pasti i juga ada kritikan. So apa beza i dengan orang lain kan. Banyak kali i fikir, jangan luahkan perasaan pada sesiapa, lebih baik simpankan aje dan kemudian i buatlah tindakan yang sewajarnya sendiri. Tetapi, bila terasa marah, mulut ini tak pandai nak diam. Hanya selepas tempoh kemarahan hilang, diri terasa sesal kerana melepas kemarahan.

Pagi ni i terasa, mungkin kawan itu memang betul2 innocent, tak tau yang perbuatan dia menyakiti hati ramai orang. Mungkin dia langsung tak terfikir yang dia melukakan hati kawan2 lain. Cuma i sedar, semakin i mengenali dia, semakin i harus hati2. Mungkin dia bukan ingin mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Banyak kemungkinan dalam kepala ini menyebabkan i terasa kesal berfikiran buruk pada dia dan mengeluarkan statement yang buat orang lain turut berfikir 2x tentang dia.

Apapun i rasa, persahabatan ini tetap akan berterusan kerana kecuali kita bersikap ego sepanjang masa dan merasa kita sahaja yang bagus, kita tak akan dapat terima kelemahan orang lain.

Peringatan untuk diri i juga akhirnya: hello Rozzana, cermin diri sendiri selalu ye...!

No comments:

Post a Comment