Tadi berbual-bual dengan mak mentua dan kakak ipar. kami bercakap pasal wang hantaran perkahwinan anak2 saudara yang sudah dan bakal melangsungkan perkahwinan. amboi mak! mahal2 belaka jumlah RM yang dikenakan. i terfikir pasal anak2 i sendiri yang masing2nya sedang meningkat dewasa dan dalam tempoh 3, 4 tahun akan datang mungkin i dan suami kena buat keputusan tentang berapa jumlah hantaran untuk anak sulung i tu.
Seorang anak saudara yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mengenakan hantaran sebanyak RM11K. Wow! Okay la..dia berijazah dan sudah bekerja. Keluarga bakal suami terkejut bila mendengar jumlah yang sebegitu besar. Sempat ke pihak lelaki menyediakan sebanyak itu wang? itu belum masuk perbelanjaan kenduri. Hmmmm...
Dulu, masa i kahwin, jangan terkejut bila i sendiri meletakkan jumlah hantaran diri i selepas berbincang dengan pakcik i. terkejut tau bila pakcik minta i decide. rasa macam tak pernah dibuat orang kan? apa2pun, nilai yang i nyatakan kepada bakal mentua i, setelah mengambil kira perbelanjaan semasa hanyalah dalam RM3K aje. itu dalam tahun 1991. senyum2 la bakal mentua i sebab rasanya jumlah tu tak besar. sedangkan kawan2 seangkatan i pada masa tu ada yang sudah sampai ke tahap RM6K sekurang2nya.
Apa2pun, bila i kenang masa tu, i bersyukur, walaupun i ni menilai diri i sama seperti gadis2 yang hanya lulus SPM masa tu, berbaloi semuanya sebab, alhamdulillah...perkahwinan i dah masuk usia 21 tahun. mudah2an Allah terus berkati dan kebahagiaan bersama keluarga terus dikecapi.
Macam mana pula i nak tetapkan nilai hantaran anak2 i tu nanti ye? hmmmm...lagi 3-4 tahun pastinya harga barang2 dah bertambah mahal. walaupun setiap kali diwarwarkan bagaimana hampir semua barang adalah di bawah harga kawalan. dan siap dinyatakan sebagai subsidi kerajaan. aduhhhh...subsidi punnnn..setiap rakyat Malaysia yang bekerja dan mempunyai pendapatan tertentu wajib bayar cukai...so i rasa, tak adil diberitahu sebagai diberi subsidi kan...
Ish! lari topik daaa....maaf ye...
Kalau sekarang, nak buat majlis di hotel, kena bayar harga sebiji kereta proton waja, esok2 berapa pulak ye? hmmm...perlukah i fikir sekarang?
tak payahlah kot kan...hari ni adalah untuk hari ini, esok...esok la pulak fikir! Tul tak?
No comments:
Post a Comment