Baru2 ni i terdengar di radio cerita mengenai seorang perempuan lebih separuh abad terpedaya dengan cinta internet. Dia terpedaya selepas lebih 2 tahun berkawan dengan mamat luar negara berkulit hitam. Bukan sikit dia kerugian, berjuta2 nilai kerugian dia. Terkedu juga i dengar kisah itu.
Suatu ketika dulu, i hampir terpedaya. Berkawan dengan seseorang dari luar negara. Selepas beberapa lama, dia mula memanggil kita sayang la, honey la, baby la...amboi mamat ni! I pulak tak la melayan apa2, tak pernah pun ungkap kata2 sayang pada dia, cuma perihatin saja, hanya katakan, take care please, setakat itu sahaja setiap kali tamat perbualan. Dan i pun always aware of the possibility of a scam. Masa tu i fikir, dah orang suka...bagusla begitu...layanzzz. Pada suatu hari, kawan ni beritahu i yang kononnya dia nak beri i cenderahati kerana i baik dengan dia. Waaahhhh..macam2 dia nak beri pada i. Semua yang dia nak beri, dia tunjuk gambar kat email. Bulat mata nampak semua hadiah yang dia nak beri...(hehehehe..i am only human n am a woman too).
Tak lama lepas itu, i diberitahu yang barang2 tu dah dihantar. Dia siap beri i nama syarikat dan laman web syarikat berkenaan bila i tak percaya. I check laman web syarikat penghantaran yang diberi. Pelik, tiada nombor fixed-line, hanya nombor mobile. Dan tak banyak maklumat aktiviti syarikat. Bila i confront dia, dia tak respon apa2pun.
Kemudian, i diberitahu, parcel dah sampai tetapi di Labuan. I dimaklumkan oleh kawan i tu, dalam parcel itu dia selitkan duit sebanyak beberapa ribu paun sterling. I pun pelik! bila i tanya kenapa, dia kata, saja nak bagi i hepi. Amboi! jadi apabila bungkusan tiba di kastam Labuan, duit tu dapat dikesan oleh pegawai kastam. untuk i dapatkan parcel itu, i mesti bayar beberapa ribu MYR. bertambah pelik i rasakan apa yang berlaku.
Apabila i kata i tak ada duit dan i tak mahu hadiah tersebut, i dihubungi oleh seseorang dari Malaysia yang kononnya adalah syarikat yang diminta menguruskan hal ini di Malaysia. Satu ugutan diberi pada i apabila i berkeras tidak mahu memberi wang untuk menyelesaikan perkara penahanan pakej hadiah tersebut. Kata 'pegawai' syarikat itu, jika i enggan, i mungkin boleh didakwa terlibat dengan 'trafficking' atau 'money laundering'.Terkejut i...
I pun seriously contact pihak kastam Labuan untuk pastikan kehadiran parcel tersebut. pegawai kastam itu meminta i menghubungi Kastam KLIA kerana Labuan tidak menguruskan pakej seperti itu.
i pun menghubungi kastam KLIA dan bertanyakan tentang hal pakej ini. i beri nombor penghantaran yang kawan i beri. pegawai itu terus beritahu i, bahawa tiada nombor pendaftaran seperti itu malahan dia terangkan maksud setiap nombor dan huruf dalam nombor penghantaran. Selepas itu, dia maklumkan, ini bukan kali pertama dia uruskan parcel palsu seperti itu.
apabila i dapat tahu tentang hal itu, i bersyukur sangat, hampir i terpedaya.
apabila i maklumkan kepada kawan i itu tentang kegagalan dia menipu i, mula dia merayu untuk percayakan dia, selepas i ceritakan yang i dah hubungi pihak berkuasa tempatan, terus dia marah2 dan kata i 'stupid'. But i had the last laugh because i was not that gullible...
jadi mendengar kisah makcik yang terpedaya ini...buat i terkenang kisah ini. Hati2 lah kawan2...ramainya kaki penipu di luar tu.
No comments:
Post a Comment