Okay, alkisah...hari Ahad lepas, i singgah ke kaunter SKII kat Midvalley. Teringin la pulak nak buat analisis kulit. Sebenarnya i nak tau, i ni jenis kulit apa. Takut gak la, belasah je pakai apa2...tapi tak beri apa2 manafaat. Walaupun setakat ini, alhamdulillah, tak ada la apa2 mudarat.
So keputusan analisis kulit menunjukkan, kulit i masih elok lagi, moisture cukup, anjal cukup, pigmentation tahap terkawal cuma.....hehehehe....kurang seri...alahai...apa nak buat. Yang penting kulit i sihat. Cam mana pun, i minta nasihat kecantikan juga la. Melayang RM....suami yang melihat, senyum2 sumbing je.
Memandangkan i ni terlewat mula menjaga kecantikan, i rasa masih lagi bertuah sebab i tak ada masalah kulit yang teruk. Berkawan dengan kawan2 yang menjaga muka macam KakChik@Ella dan Nani Rostam memang berbaloi. Sedikit sebanyak, mereka share apa yang baik yang mereka amalkan. Bila i mula makan kolagen dan gunakan SKII, dah ada yang tegur i memberitahu i nampak berbeza, kulit nampak cantik. Alhamdulillah...senyum meleret le i. Iye la..pada umur macam ni, mana la sangka ada juga yang perhatikan i. Apa2pun...syukur alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment