Monday, 2 July 2012

Apabila penyakit M tiba

Semua jadi huru hara...perancangan hanya tinggal perancangan. Itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Payah nak buang penyakit ni. Rasanya hanya kekuatan dan kecekalan hati je yang boleh melawan penyakit dasyat ni.

Berhari2 sudah i mencuba untuk melawan penyakit ini. Setakat ini, i masih kalah. Letih melawan tapi kena gak kuatkan semangat melawan ni...

Sebab ada penyakit ni la, ada kerja i tertangguh. Ish! Marah betul i pada diri sendiri. Bab ni memang tak boleh nak salahkan sesiapapun melainkan diri sendiri. Macam mana nak buat ni ek?

Hmmmm....

Kemahuan dan keazaman ada, tapi kesungguhan yang tiada. Macam angan2 Mat Jenin jadinya. Setiap kali memberi alasan yang sama tentulah tak masuk akal kan.

Seperti percakapan bijak pandai ini: Doing the same thing all over again will results into the same thing...so...Rozzana, shift the gear, quick before the fuel finishes...reach there...the place you want to be....buang rasa M.A.L.A.S!

No comments:

Post a Comment