Saturday, 30 June 2012

Moga cepat sembuh ye Aiman

'Akak, Ella tak dapat g aero. Ella kat hospital. Aiman kemalangan.' Itulah sms yang dihantar Ella@K.Chik pada petang Isnin yang lalu (25 Jun 2012). I terkejut dengar berita itu. I terus berdoa agar kemalangan yang menimpa Aiman bukan kemalangan yang teruk. Bagaimanapun, i ajak suami i pergi melawat Aiman malam itu juga.

Sesampai di hospital, Ella berjumpa i di lobi kecemasan, dan sejurus kemudian, Aishah (adik Ella) melambai2 tangan meminta kami segera masuk ke dalam. Aiman akan melalui pembedahan membuang darah yang membeku di bahagian dalam kepala Aiman. Dengan sedikit pengetahuan yang ada, i maklumkan kepada Ella, kemungkinan kecederaan (bengkak) itu di mana, mengapa perlu dilakukan pembedahan itu serba sedikitnya. I bukan la doktor pakar, tapi sikit2 i tau juga pasal kecederaan seperti itu dan risikonya.

Selepas lebih kurang 3 jam berada di hospital menemankan Ella dan memberi semangat agar dia kuat dan tabah (itu aje yang mampu i buat), i pun mohon diri. Aiman mula menjalani pembedahan membuang darah beku pada pukul 11.00 malam.

Hari ini, Sabtu (29 Jun 2012) barulah i berpeluang untuk melawat Aiman sekali lagi di hospital. Alhamdulillah, Aiman dah bertambah sihat. Sudah tersenyum seperti biasa. Masih lagi anak Ella yang sopan santun.

I bangga dengan ketabahan Ella dan suami mengharungi detik cemas seperti itu. Jika i sendiri, mampukah i sekuat dan setabah Ella? Tahniah Ella! I believe, your strength reaches Aiman, causing Aiman to recover fast. Soon Aiman will be back accompanying Ella and me at our outing...

No comments:

Post a Comment