Bila ditimpa emo, terasa sengsara sangat dalam diri, kan? So apa nak buat?
Ini yang i pernah dan selalu buat.
Ada ketika kan bila i terasa bengang giler , susah hati giler , tertekan giler ...sume la perasaan menghampiri kegilaan, emo yang buat rasa seperti nak gila, i menjerit sekuat hati...lepaskan semua perasaan pada sekitaran. Kesian kat pokok2, burung2 dan semua di sekitaran kita kan kerana terpaksa menjadi 'sounding board' kita.
Dulu la masa muda remaja, i tak pandai lagi nak share perasaan dengan sesiapa, semua pendam di hati. Sebab itu muka i nampak tua! Nampak matang sebelum waktu. Kalau dah tak tahan sangat menanggung emo, i jerit kuat2 kat atas bantal, tekup mulut ngan bantal. Dan menangis...lega sikit la bila airmata sebaldi tumpah tu.
Kemudian, bila semakin dewasa, dah tak segan, dan mula percaya pada orang lain (kena pilih kawan elok2), i belajar share sikit2 apa yang terbuku di hati, untuk dapatkan pandangan. Walaupun ada ketika, i tak juga setuju dengan pandangan kawan, tapi bila dah 'download' sikit tu, terasa sedikit tenang. Dan lepas tu i perasan, bukan i aje yang ada masalah macam tu. Ramai lagi seperti i. Boleh buat persatuan la gamaknya...hehehe...persatuan orang-orang emo.
Lagi satu cara yang i rasa paling berkesan dan tak perlu susahkan telinga sesiapa...lepaskan perasaan pada kertas, skrin komputer atau apa2 la yang boleh diguna untuk menulis / menaip. 'Get them on writing'!
Bila rasa tak puas hati pada kawan ke atau keadaan ke hatta pada suami pun, i curah semua ke dalam tulisan...dan, percaya lah...sebelum habis karangan menyayat hati tu, jiwa dah tenang. Dah kurang rasa sakit jiwa ke atau apa...dan belum tentu i hantar apa yang tulis kepada sesiapa (atau tuan punya badan di mana geram itu ditujukan) tetapi sekadar mencurah perasaan.
Of course! Berdoa dan memohon ketengan jiwa dariNya adalah apa yang i selalu buat juga...alhamdulillah...setakat ini, belum la i masuk kategori gila sebab emo melampau.
You all pun buat macam i jugak ke?
No comments:
Post a Comment