Tuesday 5 June 2012

Terlalu sains?

Kejap tadi i cover topik baru dalam kelas i...topik yang biasanya i elak : Reproductive systems.

Dalam topik ni, i kena cover semua bahagian dari struktur sistem sehinggalah ke proses fisiologi . Ish! Bukan la i nak bersyarah kat sini, cumanya nak share sikit pengalaman.

Biasanya bila ditunjukkan aje imej atau rajah mengandungi struktur atau anatomi sistem reproduktif ni, baik untuk lelaki atau perempuan, akan ada student yang malu2. Ye la, i dengan selamba je bercakap pasal organisasi struktur dan terangkan fungsi. Hatta kepada proses ejakulasi bagi lelaki. Nak buat cam ne...kelas i bukan la kelas 'sexual education' tapi memang topik tu kena cover.

I suka je bercerita dengan pelajar serba sedikit pengalaman yang dialami terutama bab persenyawaan, kesuburan, kitaran reproduktif. Bagi i, lelaki mahupun perempuan kena la faham bagaimana tubuh berfungsi dan menjalankan fungsinya. Lagi2 pulak bab reproduktif ni. Paling dekat dengan fungsi manusia secara fisiologi dan fitrah...

Minggu depan nak sambung topik pasal kehamilan, kejadian dan kelahiran baby juga bagaimana tubuh mengalami perubahan semasa kehamilan dan mengapa...

Terlalu sains untuk you all ye? Dalam hidup kita, semuanya sains...hatta mengenali Allah adalah sains juga....bila you kenal diri you, insyaAllah, bertambah you kenal Dia. Percayalah...

No comments:

Post a Comment