Sunday, 24 June 2012

Tak tahu apa nak buat!

30 minit yang lepas, seorang sahabat yang berada di Trengganu menelefon i memberitahu yang dia dirompak dalam perjalanan balik ke Dungun dari Kuala Trengganu. Terkejut i mendapat berita itu. Sempat dia menghantar sms juga dan apa yang ditulis pada i membuatkan i risau tak tentu hala: ...they are going to kill me.

I tak tau apa harus i buat. Dan setiap lima minit, i cuba menghubungi nombor sahabat i ini. Bila tiada jawapan, i jadi risau..tak tahu apa tindakan seterusnya. Selamatkah dia...?

Sahabat i ni seorang expatriat. Ke KT seorang diri untuk membeli barangan peribadi. Kesian dia..

Dan lima minit yang lepas, dia menelefon i semula dan memberitahu yang dia kini mendapat rawatan di Hospital KT. Alhamdulillah...selamat dia. Hanya katanya, dia dipukul teruk oleh perompak yang merupakan pemandu teksi dan beberapa orang lagi.

I terbayang semasa i belajar di luar negara dan membuat perjalanan jauh menaiki teksi seorang dan selamat...bagaimana kita bertindak tidak berhati perut kepada penumpang kenderaan kita yang membayar? Lupakah orang2 yang melakukan jenayah ini, tidak halal hasil kerja mereka untuk menampung diri sendiri mahupun keluarga?

I berdoa semoga keadaan seperti ini, bukan lah kebiasaan di negara kita yang tercinta ini.

No comments:

Post a Comment