Sunday, 3 June 2012

Jagalah sebelum terlewat

Apa yang nak dijaga ni?

Kulit muka la...

Bukan apa, i cerita pasal diri i sendiri. Masa remaja, memang i tak ambik kisah langsung pasal kecantikan ni. Sampai i dah mencapai umur 30an pun i masih buat tak kisah. Sehinggalah seorang kawan menegur i, 'Rozzana, u pakai apa kat muka?' Segan i bila kawan tu tanya macam tu. Nak banding i dengan dia...aduhhhh jauh nya...sebab, ramai kawan2 sepejabat lain selalu je puji2 kawan i ni sebab dia pandai jaga penampilan dia. Selalu je lawa. Muka selalu dikemasi dengan warna...make up maksud i. Sedangkan i ni, sampai umur 30an masih lagi pakai bedak talkum. Pewarna bibir pun tak reti guna. Yang i belajar2 pakai masa tu, hanyalah pelembab muka. Itupun agak malas.

So, bila i ditegur begitu, dan i berterus terang betapa miskin penjagaan muka i ni, kawan i pun menasihatkan agar menjaga kulit muka i. Kata dia, 'tu dah nampak jeragat dah tu..., cepat jaga sebelum terlewat'.

Mulai hari itu, i pun menjadi pembeli setia produk Avon. Beli dan pakailah apa yang patut. Dan selepas umur 30an baru i ada pewarna bibir. Tak percaya? Percaya la...

Sekarang ni, i ajar anak2 perempuan i supaya mula menjaga kecantikan kulit masing2. Belikan mereka bahan pembersih muka, toner, pelembab muka juga bedak kompak. I kata, 'tak make up tak pe, asal kulit bersih dan cantik.'

Alhamdulillah juga lah, anak2 perempuan i setakat ini tak ada masalah kulit muka. Dan alhamdulillah, sungguhpun i bermula lambat, tapi...bolehlah...ada kawan2 yang bertanya i apa produk i pakai sebab kulit i nampak better dari dorang. Boleh ke i kata i pakai produk SKII?

2 comments:

  1. Boleh. Tell them the truth. hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha..Ella, thanx for responding. SKII baru dua, tiga menjak pakai beb!

    ReplyDelete