Saturday, 23 June 2012

Selepas beberapa hari yang sibuk...

Lama sudah i tak berkesempatan untuk mencoretkan apa2 di ruangan ini. Kesibukan yang melanda menyebabkan idea yang tercetus di kepala terkubur. Malam ini, baru berpeluang untuk mencurah idea ke sini.

Sepanjang minggu yang lepas, jadual harian amatlah ketat. Dari bengkel di MIMOS sehinggalah ke Cameron Highland dan seterusnya ke Seremban. 2 hari di MIMOS, 3 hari 2 malam di Cameron Highland dan 4 hari 3 malam di Seremban. Dan di setiap tempat, aktiviti bermula seawal 8.30 pagi sehinggalah lewat malam. Di Seremban, tiap2 malam tidur pukul 2 pagi. Kebiasaan bagi ramai orang tetapi tidak bagi i. I jarang tidur lewat melainkan jika sudah terlebih masa tidur i.

So, selepas semua itu, pada hari Jumaat, apabila selesai program di Seremban, dan sebaik sampai ke rumah, kaki terus melangkah ke bilik tidur dan i tidur.....macam kata orang putih: sleep like a log. Melebihi 12 jam berterusan. Lupa segalanya.

Tidur memanglah ubat segala keletihan...

No comments:

Post a Comment