Saturday, 21 July 2012

Leganya!!!

Itulah yang i rasakan pada ketika ini. Perkara yang paling menyebabkan rasa tekanan bagi yang bekerja seperti i. Sesudah tamat musim peperiksaan, masa untuk menyemak jawapan2...

Banyak aktiviti i terbengkalai sejak sebulan yang lepas. I tak lagi ke gymnasium (lebih 6 bulan dah rasanya), tak ke kelas aerobik (dekat 2 bulan..ni dah bulan Ramadhan..), tak lagi chatting kat YM ke bbm ke...juga tidak berblog. Amboi! Rasa teruk betul diri ni.

Hari ini, selepas 2 minggu yang sibuk giler...dan dalam masa lebih kurang seminggu, i berjaya menyemak semua kerja2 pelajar dan juga jawapan2 peperiksaan. Bukan sikit bilangan yang perlu disemak. Bayangkan, i buat 3 soalan esei dan ada seramai 250 orang pelajar. 250 x 3 = 750 esei untuk satu kursus, tambah 2 lagi kursus...42 x 6 esei = 252 esei dan 250 assignment....woaaa...banyak tuh!

Esok nak ke Dungun pulak...

Hmmm...mudah2an bulan puasa ini, kurang berat badan, bertambah sihat dan tenaga....

No comments:

Post a Comment