Friday, 23 September 2016

Belum terlambat..

Salam semua.

Entri Ana kali ni, pasal belajar buat kek, kuih..

You all mesti tak percaya kan, Dah setengah abad hidup baru nak belajar buat kek, buat kuih...padahal Ana ada 7 orang anak. Dah besar2 pun anak2.


Sebenarnya, Ana pernah je cuba2 buat kek masa dulu2 - ikut resepi atau ready-mixed. Tapi...tak pernah menjadi. Masa zaman2 di universiti dulu pernah la cuba buat kek. Ikut resepi kat kotak kismis...jadi...moist fruit cake. Sekali tu je la buat. Kali kedua, masa belajar juga, Ana cuba buat kek apa entah, rasanya kek tu tak la menjadi sangat tapi kawan2 kata sedap. Ikut resepi juga rasanya tu.

Bila baharu berkahwin pernah cuba buat kek juga. Konon nak impress in laws....hahahaha...kek jadi biskut keras. Hanya anak buah dan arwah father in law aje yang sanggup makan. Husband kata, tu buat balik anjing boleh patah kaki anjing tu'. Sedihhh...tapi betul kot, xcuba baling je...

So since then Ana shied away from baking any cakes. Tapi Ana rajin la beli ready-mixed bagi anak2 mencuba. Kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi. Tak tau la silap di mana. Padahalnya, masa sekolah dulu, bukan kelas perdagangan tapi kelas sains rumah tangga. Kalau cikgu kelas yang ajar sains rumah tangga tau, mau nangis kot dia.

Satu hari terlintas nak bertanya kepada seorang sahabat yang rajin pos gambar2 kek yang dibuatnya dalam FB. Ana minta resepi kek yang ringkas...kek butter.

First time cuba, kek jadi tapi tak berapa cantik sebab butter masih sejuk masa pukul dengan gula. Buat lagi sekali...anak2 kata, lembut and sedap ibu!'. Apa lagi, semeter senyum Ana. Next time buat, Ana dah pandai jadikan kek tu bercampur warna. Huh! Kembang hidung bila kena puji lagi. Syukur alhamdulillah...kurang dah jeles kat sesiapa yang pandai buat kek.

Weekend ni nak cuba buat kuih ketayap pulak. Tengok yang kawan buat cantik je kulitnya. So Ana sekali lagi minta resepi...alhamdulillah kawan sudi share resepi. Ana harap, kuih ketayap Anan nanti cun jugak la macam yg kawan tu buat...

Maknanya...belum terlambat mencuba apapun jika mahu kannnn...?

No comments:

Post a Comment