Kali ini, Ana nak share citer pasal kucing yang kini menjadi kesayangan di rumah.
Sebelum itu Ana nak ceritakan bahawa sebelum kehadiran kucing di rumah, anak2 Ana termasuk Ana juga tidak gemarkan kucing kecuali si bongsu, Kamalia. Malahan, anak2 Ana bila dihampiri kucing, masing-masing akan melarikan diri sambil menjerit2. Geli, kata mereka.
Kat belakang rumah pula selalu ada aje kucing2 terbiar lepak2 sambil minta makanan. Antara kucing yang datang tu adalah seekor kucing betina yang Kamalia suka. Walaupun Ana selalu larang Kamalia dari membawa kucing masuk rumah tapi Kamalia selalu je sorok2 bawa kucing putih tu masuk. Akhirnya, Ana akur dengan kehendak Kamalia apabila dapati kucing tersebut sangat baik dan nampak bersih. Kamalia namakan kucing tu Olaf sebab bulunya yang putih bersih. Masa tu, Kamalia dan Husna sahaja yang rajin main2 dengan Olaf. Apabila Ana tahu yang Olaf sedang mengandung, Ana maklumkan kepada Kamalia dan Husna, kena sediakan tempat untuk beranak. Kalau tak nanti Olaf akan cari tempat sendiri dalam rumah untuk lahirkan anak.
Sungguh la apa yang Ana bagitau Kamalia dan Husna. Olaf lahirkan 5 ekor kucing comel di bawah katil. Disebabkan Ana tak gemar kucing so Ana tak benarkan kucing tu bersepah2. So Ana sediakan kotak dan letak kucing di garaj kereta. Akibatnya, kucing tua jantan telah cederakan anak2 Olaf. Hanya seekor sahaja yang terselamat kerana Olaf sempat sorokkannya. Pada ketika, Allah...Ana turut berasa sedih sebab biarkan kucing tu dalam bahaya. Maklum la Ana pun tak tahu bahawa kucing jantan akan baham anak kucing.
Bermula dari saat itulah, baharu anak2 perempuan Ana yang lain belajar menyayangi kucing. Apabila mereka menyaksikan cedera yang dialami anak2 kucing tersebut dan bagaimana siksa setiap seekor menahan sakit. Fatin yang memang paling tak suka kucing siap menangis apabila melihat betapa sakitnya anak2 kucing yang cedera tu. Lepas seekor, seekor mati. Berlinang2 airmata anak2 perempuan Ana menanam jasad anak2 kucing tu.
Kini tinggallah seekor, yang paling buruk warnanya dan betina jantinanya. Yang mati semua jantan belaka dan mempunyai warna bulu yang lebih cantik berbanding yang betina. Yang seekor ini, suami Ana namakan Ciki. Fatin lah yang menjaga Ciki sungguhpun Kamalia yang paling sayang kucing. Fatin la yang toilet train Ciki sehingga Ciki pandai buang air dalam bilik air. Mula2 tu Fatin siap cebokkan Ciki...hahahaha. Sekarang Ciki dah berusia hampir dua tahun (bukan umur sebenar kucing). Ciki menjadi kucing kesayangan dan direbut2 oleh anak2 perempuan semua. Hehehehe...Ana pun dah jadi sayang kat Ciki...
No comments:
Post a Comment