Haaa...kalau sebelum ni Ana citer pasal Ciki, kali ni Ana nak citer pasal Cici pulak.
Cici adalah kucing jantan Farsi yang diberi oleh seorang jiran. Warnanya hitam, bermata hijau kekuningan. Masa Cici diserahkan ke rumah, di rumah sudah ada Ciki. Masa suami ambil Cici, Ana orang paling tak setuju. Sebab masa tu, Ciki pun baru suam2 kuku Ana suka. So, Ana minta supaya Cici diletakkan dalam sangkar di luar rumah. Masa tu Cici baru berumur dalam 4 bulan rasanya.
Walaupun Cici tidak dibenarkan masuk ke rumah, Ana selalu periksa makanan dan minuman Cici. Pastikan sangkar bersih dan bertutup semasa hujan atau terlindung oleh matahari.
Bila Ana tiada di rumah, suami akan keluarkan Cici dan masukkan dalam rumah. Bila Ana di rumah, Cici langsung tiada peluang untuk ke dalam rumah. (ish! teruknya manusia bernama Ana ni).
Tapi akhirnya jadi kasihan pada Cici bila suami maklumkan yang mulut Cici cedera dan ada semut gigit mulut Cici. Kamalia yang ubatkan Cici dengan menyapukan minyak gamat pada luka2 di mulut Cici. Mulai saat itu, Cici tinggal dalam rumah. Cuma kali ini, sangkar Cici duduk dalam rumah dan bila malam Cici dikurung. Nak elak Cici buang air merata pada malam hari. Waktu siang, suami akan letak Cici dalam bilik air untuk buang air.
Taaaapi...Cici pulak beberapa kali buang air atas katil. Kat bilik tidur Ana, kat bilik anak2 dan katil yang disediakan untuk tetamu. Mengamuk ler Ana sebab asyik kena bersihkan najis Cici. Anak2 pulak buat dek je bila Cici dah buat hal. Dalam Ana mengamuk tu, Ana terus bagitau suami, tak mo dah kat Cici. Bagi la Cici kat sesiapa yang nak kucing. Fatin pulak mengadu kat kawan yang suka bela kucing. Baru la tau...rupa2nya, kucing Farsi ni bila nak buang air, nak tempat yang lembut. Ler,,,,kisahnya...Bila Ana marah2 minta suami buang Cici sebelum Ana balik keje hari tu, cepat2 suami belikan pasir. Sungguh la...Cici terus behave, buang air kecil dan besar dalam pasir.
Memandangkan kucing Farsi ni manja dan perlu dijaga supaya tidak berpenyakit, Ana dan fatin sama2 bawa Cici dan Ciki untuk mendapat suntikan vaksin. Semua Fatin belanja. Sebab Cici dan Ciki lain jantina, memang sokmo la main kejar2. Nak jadi cerita, Cici berjaya buntingkan Ciki sebelum sempat kami mandulkan kedua-duanya. Anak2 Ciki? Bulu anak2 Ciki dan Cici yang 5 ekor semuanya adalah dari warna putih ke kelabu gelap. Tak de seekor pun hitam macam Cici.
Cici kini tinggal kenangan. Selepas lebih setahun Cici yang Ana panggil, 'My Handsome Boy' akhirnya pergi untuk selamanya. Sedihnya hati tidak terperi sebab, Ana sudah sangat sayangkan Cici dan dialah yang pertama Ana cari setiap kali balik dari kerja. Sebelum tidur, dialah juga yang Ana cari untuk dipeluk2. Bila bangun pagi pula, Cici la yang pertama datang menggesel kaki dan menemankan Ana solat.
Semoga hendaknya bertemu semula dengan Cici di sana kelak...
No comments:
Post a Comment