Kenapa la tajuk entri Ana ni macam tu ye?
Sebenarnya sejak dua menjak ni, banyak sangat ilmu yang boleh diperoleh secepat memetik jari. Asal ada network, inshaaAllah semua ada. Dari ilmu nak buat kek sampai la nak buat bom. Dari ilmu dunia sampai la ilmu akhirat.
Kata orang, belajar biar la berguru.
Betul tu kan? Rasulullah yang ummi tu pun berguru. Hanya guru Rasulullah bukan calang2...terus dari Yang Maha Pencipta. Sungguhpun melalui perantaraan...ingat lagi tak kisah Rasulullah menerima wahyu pertama? "Bacalah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..." Surah Al Alaq.
Okey, so apa isunya?
Isunya...bolehkah kita ambil terus ilmu dari sumber internet atau buku contohnya?
Satu hari tu Ana jumpa kat FB satu video menunjukkan tata cara duduk antara dua sujud. Bila Ana tunjuk kat suami, dia kata...belajar mesti berguru...kat surau tu imam pun tak tegur...
Hmmmm...
Pas tu pulak, ada kawan yang berguru, bila Ana sebut pasal ada guru lain, kawan ni tanya pulak sampai mana ilmu guru lain ni...pulak!
Sepertinya berguru salah tak berguru salah...
Baru2 ni pula baca di FB sekali lagi tentang kupasan seorang yang berilmu tentang kecelaruan pandangan dan pegangan tentang hukum hakam agama Islam. Memang panjang berjela kupasan beliau. Memang sah jelas keilmuan ilmuwan ini. Dan Ana mengikut akal fikiran dan kefahaman yang ada bersetuju dengan apa yang dikupaskan.
Kadang ada perkara yang di luar kemampuan akal kita untuk terus difikirkan. Kita serah la pada yang lebih arif memutuskan.
Kadang ada perkara yang kita boleh fikirkan sendiri dan berdasarkan sedikit ilmu yang ada, dan logik kita putuskan sendiri hendak menerima atau tidak.
Yang penting jangan sampai lari dari akidah. Ini bab agama la ye...
Hidup di zaman serba canggih ini, banyaknya maklumat diterima dari berbagai sumber sehingga ada yang mengelirukan. Dan kerana itu, ia boleh dijadikan propaganda untuk menyeleweng kefahaman serta menggoyah kepercayaan.
Allahuakbar...mohon Allah lindungi kita semua dari lari dari landasan yang sepatutnya. Berdoalah dengan Al Fatihah sentiasa...
Itulah yang Ana boleh simpulkan...sebab Ana tak pandai...
No comments:
Post a Comment