Pagi ni sempat jenguk FB. Sempat scroll through cerita ceriti dalam FB. Sempat tahan diri dari komen isu-isu semasa. Sempat menonton satu video yang dikongsi oleh seseorang berkaitan kekejaman penganut agama lain terhadap umat Islam. Sempat membaca berita tentang kejamnya penganut agama lain terhadap umat Islam. Hati tersentuh...air mata menitik. Sedih dengan apa yang berlaku. Tertanya di hati...mengapa dan di mana silap orang Islam?
Kalau ikut hati, banyak yang ingin Ana pos di FB tentang apa yang Ana fikir tentang banyak perkara yang berlaku berleluasa di mana2 di dunia. Tapi fikiran Ana tinggal dalam kotak kepala sahaja. Tak terkeluar dari keyboard, tak terluah di FB. Bukan tak kisah tetapi tidak mahu disalah erti.
Sedih apabila Rasulullah dituduh sebagai pedophile. Sedih apabila Al Quran dipijak-pijak, dilempar dengan najis berat, dituduh sebagai tulisan Rasulullah dan pengikutnya sedangkan Rasullulah adalah Rasul yang ummi. Sedih apabila Allah dituduh sebagai narcissistic. Sedih membaca hinaan the non-believers terhadap Islam agama keamanan. Sedih melihat tuduhan dan hina yang dilemparkan ke atas orang Islam.Sedih apabila telah diberi cahaya Islam kemudian menolak pemberian Allah ini demi semata-mata mahukan keseronokan dunia dan kebebasan. Sedih dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Lupakah kita kepada janji-janji Allah? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Moga diberi kekuatan untuk menempuhi kesemua cabaran ini Ya Allah.
Doa Ana untuk yang sudi membaca coretan Ana ini...semoga kita sentiasa dalam khusnul khatimahNya sehingga akhir hayat. Aamiin...
No comments:
Post a Comment