Friday, 25 November 2016

Tak boleh ke?

Assalam and morning.

Kata orang, didikan bermula dari rumah. Anda setuju? Ana setuju...dan ini coretan Ana kali ini.

Mula-mula, jom kita reflek masa kita sekolah dulu...

Ada tak ibu ayah kita dulu berpesan: kat sekolah tu, hormat la dengan cikgu, jangan melawan, nanti kalau tak, tak berkat ilmu tu nanti? Pernahkah ibu ayah kita pesan: kalau cikgu tu suruh buat sesuatu, kata, tak nak, ibu ayah saya tak pernah suruh pun? Atau, kalau cikgu marah sebab tak nak berdiri atas kerusi, bagi tahu ibu/ayah, nanti pandai la ibu/ayah ajar cikgu tu? Yang mana satu yang kita ajar anak-anak kita?

Apabila anak-anak diminta bersihkan tempat persekitaran mereka belajar, salah ke? Bukan kita pun pernah buat tu semua ke masa kita sekolah dulu? Membersihkan persekitaran belajar seperti memadam papan hitam/whiteboard, menyapu sampah dalam kelas dan menyusun meja kerusi, bukan ke perkara biasa ke di mana-mana sekolah pun?  Hatta di sekolah berasrama elit sekalipun. Pernahkah anda terfikir bahawa semua tu adalah sebahagian daripada pembelajaran. Soft skill kot. Jaga kebersihan, kerjasama, toleransi, komunikasi, muafakat, serba boleh. Termasuk menanam kemahiran boleh merancang dan mengelola. Pemikiran aras tinggi tu...Apabila mereka membuat duty roster membersih kelas, itu bukan ke kebolehan merancang? Bila salah seorang diminta menjadi ketua dalam tugasan harian membersih kelas, bukan ke itu kebolehan mengelola? Bukankah semua ini diperlukan dalam sektor pekerjaan sekarang? Tak kan la nak dipupuk masa di universiti kot? Bukankah melentur buluh mesti dari rebungnya? Semua ini pembelajaran informal tapi bernilai tinggi.

Jadi apa masalah kalau anak-anak kita diminta bersihkan kawasan sekolah, mencuci tandas, menanam pokok, membuang sampah sarap? Membahayakan kesihatan ke buat semua tu? Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan bajet sektor pendidikan yang dipotong dan tidak diutamakan, agak-agak, sekolah boleh tanggung ke kos maintenance? Setakat kudrat sedikit tu, kita nak berkira ke? Guru-guru juga ke yang anda expect buat semua tu? Masuk akal ke?

Terutama bab kebersihan tandas. Tandas kotor kita jijik kan? Jadi, apa salah kalau anak-anak kita belajar erti tanggung jawab, jaga kebersihan tandas bersama? Kata anda: Alaaa...kat rumah pun anak aku tak basuh tandas. Salah siapa? Kenapa tak minta anak basuh tandas bilik masing-masing? Bibik ada? Tapi apa salah ajar anak supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri? Kalau dah biasa buat, apa salah extend sikap ini ke sekolah atau ke mana-mana tandas awam? Jangan la ajar anak: tak pe, biar ibu buat. Seronok ke kita penatkan diri sampai macam tu? Even kalau anda suri rumah pun, bagi la peluang untuk anak berdikari dalam bab kebersihan ini.

Jadilah ibu ayah yang bertanggung jawab juga, sama-sama la mendidik anak. Learn to put ourselves in the teacher's shoe, be emphatic. Kalau kita tak mampu nak terapkan sifat kasih sayang, kerjasama, bertanggung jawab dan semua softskills lain tu, izinkan la guru-guru lakukannya untuk anda.

Hakikatnya, Ana pun ibu kepada 6 anak yang sedang belajar: 3 di universiti, 2 di sekolah menengah dan 1 di sekolah rendah. Sebagai ibu, memang la Ana mahukan yang terbaik untuk anak-anak Ana. walau di mana-mana sahaja mereka berada. Ana juga seorang guru. Di rumah, Ana guru kepada anak-anak sendiri dan kalau boleh, Ana nak anak-anak Ana lihat Ana sebagai good role model. Di tempat kerja pula, Ana guru kepada anak-anak orang lain juga. Dan Ana besar hati jika anak-anak didik Ana lihat Ana sebagai good role model mereka juga. Aamiin...










No comments:

Post a Comment