Saturday, 28 April 2012

Bonny - thanx!

You all mesti la tertanya-tanya kenapa la i berterima kasih kat Bonny tu. Mesti nak tau siapa Bonny kan?

I kenal Bonny kat tempat i p berbengkel baru-baru ni. Bengkel laaaaagiiiii...hehehehe...

Kalau i tak ikut ajakan kawan i yang teringin sangat tu, mesti i tak jumpa Bonny. I takut-takut juga nak terima ajakan kawan i tu. Tapi sebab i rasa macam boring sikit dan mahukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, lalu i bagitau kawan i tu, 'ok, i ikut u!' I siap ajak kawan lain join our activity.

Jangan fikir bukan-bukan tau....i sebenarnya, ikut kawan i pergi menunggang kuda. Kami sama-sama tak pernah menunggang kuda. So, ini la peluang kami berdua untuk mencuba. Kami berdua ni adventurous la gak...hehehehe...kalau dah kami single mingle kan....

I dengan Bonny
Inilah i berposing dengan kuda bernama Bonny. A female horse. Sebelum menaiki kuda keluar dari tempat peliharaan kuda tu, kami diajar cara menunggang kuda, keseimbangan, kawalan kuda...selama 15 minit sekitar lapangan. Bila kami dah selesa, boleh dipercayai mengawal kuda, barulah kami di bawa keluar dari lapangan.

Trainer follow on foot. Kuda i, i kawal sendiri sebab Bonny ni a good horse. Cuma ada la masa bila dia tunduk nak makan pakis kat tepi jalan tu, i menjerit jugaklah sebab dah nak tertonggeng ikut kepala kuda...hahaha...


Seronok betul dapat menunggang kuda. I tak berasa sakit pinggang atau kaki mungkin sebab senaman aerobik membantu. Tapi satu yang pasti, i dah terminat la pulak nak join kelab berkuda...aduhhhhh...kena buat kira-kira bajet ni....








Thursday, 26 April 2012

Terbuka mata!

I ni selalu je mengantuk. kadang tak mengantuk, tapi menguap juga...nak kata kurang oksigen, bukan duduk kat tempat sempit...apa2pun i nak share sikit ngan you all pasal apa yang i pelajari baru2 ini...


okay..i berbengkel 2 hari baru- baru ni. Bukan g bengkel keter tau. Tempat bengkel tak jauh pun kat sekitar tempat i keje ni jugak. Bengkel apa tu? Bengkel TRIZ Methodology. Apa tu?


TRIZ adalah singkatan kepada:
Teriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch

Terbelit lidah menyebut...hehehehe...ini bahasa Rusia ....dan diasaskan oleh seorang jurutera penganalisis paten industri , Mr Genrich Altshuller. Dia ambil masa lebih kurang 40 tahun untuk hasilkan TRIZ. Dan dipenjarakan kerana kebijaksanaan dia.

Dalam bahasa yang lagi senang nak faham: Theory of Inventive Problem Solving

Hadir dan mengikuti dua hari bengkel ini membuka mata i kepada cara baru menyelesaikan masalah. Sistematik dan tepat. Bukan la i nak citer banyak pasal TRIZ kat you all kat blog i ni. Boring plak nanti. Cuma yang i nak share. Banyak syarikat2 antarabangsa menggunakan kaedah TRIZ bagi membantu mereka menyelesaikan masalah..ala...ala2 CSI jugak la....i nak cuba kaedah ini dalam menyelesaikan masalah dalam kerja saya la...

kalau you all berminat nak tau banyak, boleh la ke laman web ini: www.mytriz.com.my

I nak mendaftar sebagai ahli dan i berhasrat nak jadi trainer untuk TRIZ methodology ni...insyaAllah..ni baru dapat sijil aras bawah ni.. 

Antara akal dan emosi

Sukar untuk melafazkan. Sukar untuk digambarkan. Itulah rasanya keluhan yang keluar dari jiwa i...

Ada perkara, senang untuk diluahkan.
Ada perkara, perlu dirahsiakan selamanya.
Ada ketika pengorbanan dikehendaki.
Ada masa merasakan...mungkin lebih baik jika dilepaskan sahaja...

Tapi dalam i berfikir, mungkin melepaskan adalah jalan terbaik, terlintas juga di kotak fikiran...rasa memerlukan. Sukarnya membuat keputusan. Jika hidup ini tiada pilihan, adakah lebih baik? Sedangkan akal diberi sempurna supaya manusia boleh berfikir dan membuat pilihan terbaik.

Logik fikiran ialah...lepaskanlah...
Logik hati dan emosi...teruskanlah...

Alangkah kerdilnya diri...bila berada di persimpangan akal dan emosi

Thursday, 19 April 2012

Calar laaaaaaagi! Aduhaiiiii!!!

Silap i la tu. Terlalu mengharap pada warning signal. Kan dah kena!!

Kena apa? Tu, keter i dah tercalar lagi hari ni. I tersinggul kan keter kawan i masa i nak reverse. Aduhhh...i rasa kan sebab hati i tengah jahat masa tu. Makanya..i dapat balasan kena keluar duit la jawabnya.

Rasa amat bersalah bila terpandang keter kawan i yang juga tercalar. Cepat2 i kol dia, bagitau dia yang i dah buat salah..terkejut dia. I dah minta maaf kat dia. Tapi of coz la, minta maaf je tak cukup kan. So i bgtau dia...dapatkan pandangan husband dia pas tu i pasrah aje la...ada RM nak terbangggg....

Sian keter i....

Ada sesapa tau kat mana boleh p hantar cat keter yang murah tapi bermutu?

Tuesday, 17 April 2012

Semangat keusahawanan

Pagi tadi masa i nak ke ofis, terserempak dengan 3 orang pelajar perempuan universiti yang masing-masingnya membawa makanan. Makanan yang nampak dibungkus cantik untuk dijual. Lalu i pun menegur mereka,  "itu untuk dijual ke?". Mereka mengiakan. Curious, i bertanya lagi, "siapa buat?". Mereka menjawab mereka yang buat. Dalam kepala i terlintas ni 'interesting...'. "U all tinggal di mana?" "Fasa 3". Hmmmm..duduk di luar..padan la... I tanya lagi, "Selalu habis tak?" "Habis", jawab mereka. Waaahhhh...ini sudah bagus!

Okay, apa i nak katakan ni?

I respek kat dorang ni kerana berdaya usaha untuk mendapat wang tambahan, berniaga. Bukan sorang dua yang i kenal melakukan ini. Ramai. My close friend Ella@K.Chik pun berniaga jugak. Masa bulan puasa la yang i perasan...selain tu, Ella juga turut kenalkan / promosikan barangan orang lain kat blog dia. Caya la Ella!!

Pas tu kawan aerobik i, Mardiana, berniaga juga....Herbal Life. Kerani kat ofis i pun berniaga jugak...Tupperware, jongkong emas...dasyat...Kat main office kat tingkat 17 ofis ni pun, ada je yang meletak makanan ringan, untuk sesiapa berhajat.

Masa i ke Kedah, pensyarah muda di sana yang i kenal, berjualan sandwich. Kata dia, banyak jugak dia dapat. Mahu jugak RM1K sekurang-kurangnya sebulan. Waaahhhhh...hebat sungguh mereka ini.

I teringin jugak. Tapi...

Bila dah tapi tu susah lah kannnn...hehehehe....

She's 17th!

Soon my dear daughters will leave me. Possibly all of them. 5 of them. And i'll be having 5 great son-in-laws insyaAllah, with His permission.

Last week was Fatihah's birthday (11th April 1995). She was born in Queen Mother's Hospital, Glasgow. I delivered her just a week before my final examination. And soon after the delivery, i started studying for the exam. And i remembered, i had to stay at the university almost 3/4 day simply because i had to do some practical examination. But she grew so well and healthy. Alhamdulillah. And now, she is a 17 year old girl.


Fatihah was the smallest baby compared to the others. And she is also the quietest amongst the rest of her sibling. And she has been such a clever girl. I am proud of her. And she wants to become a doctor. I pray that she will achieve her ambition. And i will of course be the proud mother of a Doctor Nurul Fatihah, a doctor in the house!

Birthday Bash!

Hari Jumaat lepas, ofis i buat sambutan harijadi untuk staf jabatan dari Jan - April 2012. Di samping tu, majlis yang sama tu untuk meraikan individu yang join ofis kami dan juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada yang meninggalkan ofis.

Seronok juga bila ada sambutan cam tu...seperti dihargai gitu...

Hehehe..nak sebut gadis tak boleh..tapi begitulah...wanita dan belon? Bila habis aje majlis, i dengan kawan2 yang ada anak2 kecil, mula mengutip belon. Untuk anak2 di rumah. Kamalia, baby i tu,cukup suka main belon.

Sempat gak bergaya dengan belon.



Menayangkan hadiah. Semua orang dapat hadiah yang sama. Jadilahhh...


So hari itu, i kekenyangan belasah mihun soto, serawa durian, rojak, cendol, kek, pulut...aduhhhh...habis semua azam berdiet!