Pagi tadi masa i nak ke ofis, terserempak dengan 3 orang pelajar perempuan universiti yang masing-masingnya membawa makanan. Makanan yang nampak dibungkus cantik untuk dijual. Lalu i pun menegur mereka, "itu untuk dijual ke?". Mereka mengiakan. Curious, i bertanya lagi, "siapa buat?". Mereka menjawab mereka yang buat. Dalam kepala i terlintas ni 'interesting...'. "U all tinggal di mana?" "Fasa 3". Hmmmm..duduk di luar..padan la... I tanya lagi, "Selalu habis tak?" "Habis", jawab mereka. Waaahhhh...ini sudah bagus!
Okay, apa i nak katakan ni?
I respek kat dorang ni kerana berdaya usaha untuk mendapat wang tambahan, berniaga. Bukan sorang dua yang i kenal melakukan ini. Ramai. My close friend Ella@K.Chik pun berniaga jugak. Masa bulan puasa la yang i perasan...selain tu, Ella juga turut kenalkan / promosikan barangan orang lain kat blog dia. Caya la Ella!!
Pas tu kawan aerobik i, Mardiana, berniaga juga....Herbal Life. Kerani kat ofis i pun berniaga jugak...Tupperware, jongkong emas...dasyat...Kat main office kat tingkat 17 ofis ni pun, ada je yang meletak makanan ringan, untuk sesiapa berhajat.
Masa i ke Kedah, pensyarah muda di sana yang i kenal, berjualan sandwich. Kata dia, banyak jugak dia dapat. Mahu jugak RM1K sekurang-kurangnya sebulan. Waaahhhhh...hebat sungguh mereka ini.
I teringin jugak. Tapi...
Bila dah tapi tu susah lah kannnn...hehehehe....
No comments:
Post a Comment