So, singgah lah kat satu kedai kasut. I cuba-cuba kasut. Anak dara i pun cuba juga. Akhirnya i terkenankan sepasang kasut ranggi setinggi 2 inci untuk anak i pakai. I suruh dia cuba dan komen cara dia jalan. Suami i pun berkenan kat kasut tu. So, ibu dan ayah dah setuju...anak i la plak ragu2..kata dia takut la...takut tak elok. I tetap galakkan dia belajar pakai kasut tinggi tu...siap belikan lagi.
I tengok ramai anak2 dara di peringkat universiti, masih belajar, senang berselipar ke kuliah atau berjalan ke mana2. Bagi i kan, berkasut lebih baik dan menunjukkan imej baik sebagai pelajar IPT. Kalaupun tak bertumit tinggi, memadai memakai kasut yang sempurna...bukan selipar. Sungguhpun selipar2 sekarang telah kelihatan ranggi...tetap juga itu adalah selipar!Hai....muda bukan kekal selamanya...masa ni la kalau nak bergaya sakan pun. Itu lah yang i nak anak2 dara i yang 5 orang tu jadi bagus selain dalam akademik, pandai jaga diri, berpenampilan menarik dan pandai juga bawa diri.
Ada orang pandang remeh pasal berkasut ni...tapi kalau pakaian lawa, tengok kaki hanya berkasut leper...alahai....pandangan i..ada sesuatu yang kurang...
No comments:
Post a Comment