Monday, 2 April 2012

FM dan KC

Ni la hobi i yang terbaru. Mengumpul fridge magnets (FM) dan keychains (KC). Alhamdulillah...ada la sikit2 dah dalam koleksi i. Mula-mula i terminat nak kumpul FM ialah apabila seorang kenalan beritahu i dia ada lebih 120 FM mewakili 120 negara di dunia. Kata kenalan tadi, penuh dah fridge dia dengan FM ni. Pas tu dia hantar kat i beberapa dari Thailand, Arab Saudi dan Vietnam. Bermula dari situlah, i tertarik. So sekarang ni kat whiteboard kat ofis i dah ada FM dari: Indonesia, Germany, Italy, Mauritius, England, Turki, Singapore, Thailand, Vietnam dan Arab Saudi. Ada satu dari Switzerland i belum ambil dari kawan yang tolong dapatkan dari sana. Yang best kalau i pergi beli sendiri tapi ini kira ok la...

KC pulak, lama dah i mula kumpul. Bila kawan2 yang pergi bercuti belikan cenderahati berupa KC, i sangkut je la kat mini softboard kat ofis i. Belum banyak lagi...yang ada setakat ni dari New York, Germany, Korea, Bandung, Chulalongkorn, Perth, London dan beberapa lain dari sekitar Malaysia sendiri.

Nah! Cuba tengok koleksi i ni...



Selain yang FM dan KC, i juga suka buku....jom tukar suka sama suka!




No comments:

Post a Comment