Sunday, 1 April 2012

Makanan sedap...makanan basi

Hari Sabtu lepas, dapat jemputan makan kenduri di Kesang Laut Muar...anak buah bertandang ke sana. Apa yang i nak citer kat sini ialah...makanan yang dihidang, aduhaiii..sedap sungguh. Udang segar2..ikan pun rasa sungguh segar, manis. Memang puas hati...sungguh puas hati. Nasi minyak pun sedap. Alhamdulillah..memang rasa berbaloi berjalan jauh...walaupun niat nak memenuhi pelawaan kakak ipar, tetapi bila dapat makanan yang sedap, tambah sedang lapar...memang rasa sangat gembira dan puas hati.

Tapi, i terasa juga malu pada pihak pengantin lelaki sebab semasa mereka berkunjung ke rumah pengantin perempuan, layanan tak seberapa, makanan punnnn basi... Kesian i kat kakak ipar. Mengharap caterer untuk service terbaik. Tapi dapat caterer yang kurang baik pulak. Tak jaga perasaan customer. Memalukan customer. Kalau dah makanan rosak, usaha lah gantikan dengan yang elok..tetapi terus juga dihidang makanan busuk, basi... Habis para tetamu sakit perut, cirit-birit. Tentu saja la tetamu mengata2 di belakang...aduhhh...

I teringat diri i sendiri yang ada ramai anak ni. Jika panjang umur, sempat menyaksikan anak-anak berkahwin, mungkinkah akan berlaku perkara buruk sebegini? Takut...

I berharap la, para caterer ni lebih perihatin dan simpati pada tuan rumah, yang membayar bukan sedikit tetapi beribu-ribu utk mengupah memasak dan menghidang makanan. Dengan hasrat, nak mudah...bagaimana la perasaan jika majlis sendiri jadi begini, makanan busuk, basi atau tak cukup?

Mudah2an perkara begini tak berlaku pada i...7 kenduri tu...hehehehe...

No comments:

Post a Comment