Thursday, 26 April 2012

Antara akal dan emosi

Sukar untuk melafazkan. Sukar untuk digambarkan. Itulah rasanya keluhan yang keluar dari jiwa i...

Ada perkara, senang untuk diluahkan.
Ada perkara, perlu dirahsiakan selamanya.
Ada ketika pengorbanan dikehendaki.
Ada masa merasakan...mungkin lebih baik jika dilepaskan sahaja...

Tapi dalam i berfikir, mungkin melepaskan adalah jalan terbaik, terlintas juga di kotak fikiran...rasa memerlukan. Sukarnya membuat keputusan. Jika hidup ini tiada pilihan, adakah lebih baik? Sedangkan akal diberi sempurna supaya manusia boleh berfikir dan membuat pilihan terbaik.

Logik fikiran ialah...lepaskanlah...
Logik hati dan emosi...teruskanlah...

Alangkah kerdilnya diri...bila berada di persimpangan akal dan emosi

No comments:

Post a Comment