Pernah merasa bahawa pengorbanan yang diberi, tiada mendapat perhatian?
Pernah merasa bahawa apa yang dilakukan, dipandang sebelah mata sahaja?
Pernah merasa sakit hati yang teramat sangat?
Banyak lagi persoalan pernah ...
I yakin, ramai di antara kita merasa pelbagai perasaan...yang ada ketika sukar dibendung, menyebabkan kita tertekan...grrrrrr...gerammmm....dan ada ketika seperti hampir hilang pertimbangan diri.
Amat payah untuk mengawal perasaan yang sudah terluka, marah, kecewa, geram, dan seangkatan dengannya. Namun hidup perlu diteruskan.
Jika kita asyik memikirkan semua yang kita rasa, ada kemungkinan pergerakan ke hadapan boleh terbatas. Menyiksa diri kita sendiri. Akibatnya, kita akan terus merana.
Oleh itu, i fikir...sudah sampai masa untuk i meninggalkan semua perasaan berunsur negatif, fokus lebih kepada perasaan positif...memaafkan perkara yang berlalu.
Mudah sekali nampaknya kan? Hakikatnya...kemaafan itu boleh diucap dan apabila diulang berkali2 kita yakin, kita sudah memaafkan...tapi keadaan yang menjadikan kita mengalami kesemua perasaan negatif bukan mudah dilupakan. Tetap berada dalam kotak fikiran. Sedikit sahaja rangsangan akan menerbitkan semula semua kenangan lepas.
Makanya, i berpendapat....kita bisa memaafkan tetapi untuk melupakan...sesuatu yang sukar...itulah kenangan..pengalaman hidup yang tak akan terpadamkan...
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
Couldn't agree more.
ReplyDeleteI feel that way.
Sblm ni dh kata dlm hati yg kita maafkan dia, tp kdg2 masih rasa geram/sakit hati bila teringat. Sampai saya rasa mcm nk gila. Sbb tu kdg2 terfikir lebih baik jauhkan diri drpd org supaya tak alami benda2 camni. Namun,hidup tak boleh sorang2. Kena berinteraksi juga. Betul kata Dr Rozzana, fokus kpd perasaan positif dan jadikan yg buruk sbg sempadan.