Saturday, 15 October 2011

A scam most likely...

Lama juga i tak update blog i ni...nak kata sibuk...orang lain lagi sibuk. Boleh jugak dorang update blog...tak apa la..malam ni i cuba la tulis apa2 yg terlintas kat kepala i ni...

Oh ye...i nak citer sikit pasal pengalaman i jadi ahli satu laman sosial ni. I pun tak berapa paham pasal laman sosial ni. I join sebab ingin tahu dan apa salah jika i boleh dapat kawan seluruh dunia kan? Baru ni jugak la i join. Tapi ada la lebih 6 bulan kot.

Apa yang menarik? Emmm...mula2 tu ala dua tiga orang dari Malaysia add i sebagai kawan. Mereka masih kawan i. Pas tu, i upload la 2 keping picture i. Alaaaa...picture bodoh2 gitu...simple je...I saja je la letak. Pas tu ada la yg berkenan nilaikan pic i tu - bagi rating. Of coz la, bila diri ni tak lawa, hehehehe...byk la yg rate kureng..ada jugak yg rate i bagussss...terima kasih la apa2pun.

Yang i nak share ni pasal, i dah mula dpt perhatian antarabangsa. Caya tak? Tetiba je i jadi popular...ramai lak kawan2 mat saleh nak kenal i. Yang i pelik tu, ramainya mengaku sebagai engineer...engineer ini la, itu la...kebanyakan terlibat dengan petroleum...hmmmm...buat i fikir sepuluh kali jugak la...ori ke sume tu?

Yang nak kawan ngan i pulak tu, 90% duda atau single tak pernah kawin kononnya. Masing2 masuk laman sosial konon nak cari pasangan. Ok la...tak kisah la tu kan. So bila dorang kontek i melalui email, macam2 la cerita dorang kan. Kebanyakan nak tau pasal diri i. Kenapa i join laman sosial tu, lelaki macam mana i suka, dah kawin ke belum...macam2 la dorang nak tau. Mula2 tu i layan la...tapi i jenis simple je...cuma bagi tau i dah kawin n join sebab nak berkawan.

Bila dah semua bunyi email semacam je...i jadi suspicious la kan. Memang la muka lelaki2 yg konon nak kawan i tu lain2..hensem la jugak masing2nya. Yang buat i suspicious ialah bila i baca email yang bunyinya sama cuma disusun ayat tu lain sikit je. Lain2 isi sama sebijik. Mulai dari saat itu, i tak minat dah nak layan mat2 saleh ni walaupun i cuma nak kawan dorang. I rasa macam ada sindiket tertentu yg perdayakan perempuan untuk terima dorang. Tambah2 bila ada seorang kawan i bagitau ada somebody yg dia kenal / tahu ceritakan tentang perihal perempuan yang terpedaya, kawin dengan kenalan luar negara, dibawa keluar dari Malaysia dan selepas itu dijadikan sumber pendapatan dorang. Seram i dpt tau pasal ni. 

Apa2pun, i cuma nak share pengalaman i aje kat sini. Terserah la orang nk nilai apa.

kata pujangga: 'life experience is a good teacher'.








No comments:

Post a Comment