Perasaan merindui bukan lah sesuatu yang aneh kepada sesiapapun. Rindu bukan sahaja kepada sesama manusia, rindu boleh sahaja kepada apa sahaja yang pernah kita alami sepanjang kita menjalani kehidupan. Dan i sedang merindu masa ini. Sangat2 merindu...
Dan bila rindu... aduhhh... jiwa rasa tak tenang...ingin sahaja rasanya kembali bersama melalui detik itu, saat itu, waktu itu, ketika itu... mengapa agaknya tidak dirakam saat indah seperti itu supaya i boleh mainkan berkali2 bila sahaja rindu ini melanda?
Apa yang pasti, saat indah, detik manis yang pernah i lalui itu, sentiasa bermain di fikiran i...menghibur i di kala diri merasa resah, di kala kehidupan kini seolah menghimpit diri...
Dan bila rindu... kenangan jua la yang i ada bagi menghilangkan rasa rindu ini...
Ish! jangan la fikir bukan2...
i rindu macam2 tau...rindu pada kehidupan masa i kecik...walaupun susah tapi i rasa seronok pula bila mengenang semula...tak mungkin akan dialami semula saat i memanjat pokok bacang depan rumah nenek, goyang2 dahan pokok sampai berjatuhan buah2 yang masak, atau ketika memanjat pokok limau kasturi dan duduk atas pokok sambil makan buah limau yang masam tu...atau masa ikut mak cari rebung, kena sengat oleh lebah, adoiii...atau waktu mengutip siput sedut di tebing sungai atau masa abang dan adik2 lelaki i buli i dengan kerja2 di rumah...membasuh pakaian, memasak...macam2 la..
sungguhpun kehidupan masa itu serba kekurangan...tapi...bila dewasa begini, i rasakan, kenangan masa kecil itu cukup indah dan i rindu suasana waktu itu...saat i baru belajar erti kehidupan yang mendewasakan i.
eh! dia yang i rindu...tahu ke dia???
No comments:
Post a Comment