Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru semua!

Hari ini adalah 1 Januari 2013.

Hari pertama , tahun baru omputih...kalendar omputih...bukan kalendar Islam. Kalau di kalendar Islam, dah ketinggalan dah omputih ni...kan?

Apa agaknya yang akan berlaku tahun ini ye?

Azam tahun baru...nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya...baik dari semua segi. InsyaAllah...mudah2an diizinkan dan mendapat berkat niat yang baik.

Setakat ini rasanya, i dah menamatkan tahun 2012 dengan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi ada juga yang berlaku pada awal tahun kurang menggembirakan. Ada juga yang berlaku di hujung tahun yang amat mengecewakan. Bagaimanapun, itulah asam garam hidup. Bukan semuanya manis, bukan semuanya pahit, bukan semuanya masam. Dan sesungguhnya, campuran pelbagai rasa inilah rencah kehidupan yang mendewasakan kita. 

Mudah2an, hajat kawan-kawan i yang baik2 semuanya tercapai. 

Marilah kita sama2 menanamkan dalam jiwa kita pertukaran minda yang lebih positif, berbaik sangka dengan ketentuanNya...mensyukuri setiap sesuatu yang mendatang biarpun perit. 

Hey friends! Look at the brighter side of life okay! Stay cheerful and always remember HIM!!

SELAMAT TAHUN BARU 2013...BYE 2012....

Wednesday, 26 December 2012

Adoiiii..mengantuknya mata!

Begitulah yang i rasa setiap hari...pas Maghrib je mata mengantuk. Ada ketika tu, sedang memandu kereta nak balik ke rumah selepas bekerja punnnnn..i mengantuk. Macam digigit nyamuk tsetse aje gamaknya.

Bila weekend memang ler...kalau boleh nak layan mata aje. Best kalau dapat golek2 sampai naik tinggi matahari kan....hehehehe...

Tapi....

Dah 4 weekends termasuk hujung minggu ni i asyik tak ada di rumah. Bekerja...berbincang...dari 8.30 pagi, break kejap, mula balik kul 8.30 malam...sampai la dekat pukul 11 malam. Baru habis kerja. Sungguhpun nampak macam rileks, duduk2 berbual2...tapi isi kandungan perbualan, serius beb!

Bulan Disember ni seperti yang i pernah tulis sebelum ini, memang hebat giler schedule kerja i. Cuti yang ada, hanya Hari Natal yang lepas. Itupun, hubby dah ajak ke rumah brother dia...besday! G makan2...sounds good eh? Tapi bila fikir kerja yg banyak...xde makna makan2 pun.

Dah lebih 2 bulan i tak bersenam ni...takut nak timbang berat badan...

Ya Tuhan, teruk betul hambaMu ini...

Wake up Rozzana! Wake up!!

Sunday, 23 December 2012

Alhamdulillahhhhhh

Syukur sangat sebab setakat ini, buah hati i semua menunjukkan tahap pencapaian pelajaran yang baik dan boleh dibanggakan. Ibu ayah mana tak hepi bila anak2 memperoleh keputusan yang cemerlang kan..?

Tahniah buat Muhammad Iyrak Afiq (5A - UPSR) dan Nur Izzati (8A - PMR). Of course...tahniah Nurul Fatini for getting the Anugerah Naib Canselor! I am proud of you guys!

Mudah2an anak2 i akan berterusan memperoleh kejayaan. Biarlah berjaya dunia dan akhirat.

Sekarang ni hanya Nurul Fatihah yang tak nampak hepi. Results peperiksaan SPM lagi 2 bulan kot. Kata Fatihah, ' Mum, i dont think i can get all As'. And I said, ' its okay. you have done it. it was over, we just have to wait and see.' Apa2pun keputusannya nanti, i tetap akan sokong dan ucap tahniah pada anak i. 

Tiada istilah paksaan bagi i. Jika anak2 i nak stay kat rumah, tak mahu ke boarding school, i am happy. Jika diterima ke boarding school, dan itu kemahuannya...insyaAllah i akan turuti. Tapi so far, Isyrak dah confirm, 'tak mo ke sekolah asrama. boring!' hehehe...apa2 la Isyrak. Depan mata ibu lagi senang nak pantau...

Fatihah aspires to be a medical doctor...mudah2an keputusan peperiksaannya cukup baik untuk membolehkan dia meneruskan cita2nya itu. 

Fatini sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran...ibu ayah mana yang tak hepi?

Syukur....

Saturday, 22 December 2012

You are my friend, and i am glad

i knew this somebody about two years ago i think. i am going to call that person A. A is not of the same race as i am. A is not even anyone i thought i would be associated with. somehow, we became friends.

i like A. A is just a simple person. but i find A interesting. very interesting. A respects me just as i respect A. we have never met at all. but the mutual respect is just there.

i can talk about anything at all with A. A will at times teases me and makes my face turns red. and when we discuss about something serious, we really do become serious. A said that i am not a pretentious person. i like that. because i really don't want to be called as pretentious. A said, i am intelligent. That puts smile on my face. of course it is always wonderful to be called intelligent!

A used to send me email in the morning and wishes me with wonderful wishes to start my day. and i will respond equally. so both of us (i am sure) have smiles on our face every morning even when the day ahead might not be as cheerful.

but now, as our life schedule gets busier, especially me...the mail has become less and less...still, once in a blue moon, A will just shout at me through the email.

and A...still the old-timer...A sends me cards! i have received many cards from A and each one i cherished. to receive card / well wishes card is really a rare treat nowadays. A still does it. A said, sending card is as thrill as receiving. thank you A. but...i never send A any...(teruk betul dapat kawan macam i...)

i really appreciate it when you simply say what you think is right...you speak your mind out. and yes, sometimes its like i am being slapped on the face when you said and pointed blankly, my fault. and you did it many times A. your advises are always welcome A. 

thank you A. i am glad that i met you. i thank Allah for putting onto my path a good person like u!

Friday, 21 December 2012

Aduhhhhh...banyaknya!

Apa yang banyak tu?

Cuba la tengok ni...


dan ini...



Banyak kan...? Tu tak termasuk yang ada di atas meja di rumah i. Tu belum masuk kertas kerja yang i kena buat...macam mana la nak sempat pergi bersenam dengan K.Chik@Ella tu. Gerenti la kawan-kawan aerobik tu mengutuk i sampai ke langit pasal dah sebulan tak nampak i di kelas. Gerenti la berat badan i bertambah kan...

Dan kebelakangan ini pulak...ada sesuatu yang sangat merisaukan i. Nak diceritakan kepada sesiapapun i tak boleh. Terpaksa la i tanggung sendiri.

Doa i, apa yang i sedang risaukan ini akan berakhir dengan baik. Tak henti2 i berdoa agar cubaan maha berat ini akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna.


Thursday, 20 December 2012

Bila ujian dan cubaan melanda



Hati kena selalu tabah. 
Iman kena selalu kuat. 
Merintih itu sudah pasti. 
Menangis adalah cara melepas perasaan kecewa dan sedih.

memang hidup akan sentiasa diuji
kata orang, hanya yang mampu melalui
yang Allah uji
betul ke?

begitulah 
cubaan dan cabaran mendatang
yang menguji kekentalan jiwa
dan memberi pengajaran
kesilapan harus ditanggung
biarpun perit sekalipun
harus ditelan jua

nasihat untuk diri sendiri
bersyukurlah selalu 
Allah masih kasih...
dan yakinlah akan Dia

mudah2an cubaan ini menjadikan diri lebih dewasa
(walaupun..memang sesungguhnya sudah dewasa...)
tidak akan benarkan
ia berulang...

langkah tetap harus ke hadapan
selagi nyawa dikandung badan
dan jangan lagi 
tiada beban batu digalas!

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Peringatan buat diri sendiri yang sedang diuji.


Friday, 14 December 2012

Mak

Tajuk coretan i kali ni, simple...MAK..singkatan kepada perkatan EMAK, wanita yang mengandung dan melahirkan kita semua ke dunia ini.

Anak2 i panggil i ibu. Ada yang dipanggil mami, mummy, mama, mom, mum, umi...dan sebagainya. Makna semua sama kan? 

Sekarang ini mak i tinggal dengan i. Setelah berpuluh2 kali i memujuk mak datang dan tinggal dengan i, kali ini, pujukan i berjaya. Sebab dia sakit. Kencing manis @ diabetes. Mak yang dulunya besar bagi i (saiznya), sekarang ni dah jadi kecil. Tak banyak daging dah pada mak. Cuma sekarang ini, perut mak besar. Ascitis, itulah terminologi perubatan untuk keadaan mak i tu. Tak tahu apa puncanya. Air berkumpul di ruang abdomen mak. Menurut doktor, kemungkinannya, buah pinggang mak kurang berfungsi. 

Hari ini, mak akan dibawa ke Hospital Serdang untuk ujian buah pinggang. Selepas lebih 2 minggu mak dimasukkan ke hospital selama beberapa hari, baru nak dibuat ujian buah pinggang. Pelik....Agaknya la, prosedur perubatan ini, selagi pesakit tu tak pengsan, atau lemah sangat, masih boleh bercakap, tak perlu disegerakan ujian kot?

Tak tau la apa yang mak i fikir kala ini. Mak amat takut untuk ke hospital. Apa tah lagi untuk dibuat ujian macam2 ke atas mak. Tak tau juga jika mak akan ditahan di hospital sekali lagi. Tak tau apakah diagnosis doktor ke atas status buah pinggang mak.

Apa2pun, bila melihat keadaan mak yang lemah seperti ini, belas kasihan i bertambah pada mak. Tak kisahlah jika i memang tak pernah rapat dengan mak sebelum ini. Sebagai seorang anak, dia adalah MAK, yang sudi mengandungkan dan melahirkan i, juga membesarkan i dan mengajar i perkara2 kehidupan yang akhirnya membentuk diri i sekarang ini.

Doa i semoga mak akan tabah menghadapi cubaan kesakitan ini. Mudah2an Allah berikan segala kesabaran buat i, suami dan anak2 i melayan karenah seorang wanita...yang i panggil
MAK...




Thursday, 13 December 2012

Mee Calong

You pernah dengar nama makanan ni? Kalau you orang pantai timur atau duduk di Kuantan, pasti you tau!


Inilah rupa Mee Calong tu. 

Nampak biasa2 aje kan? Tapi ia istimewa. Ye la, sebab i tak pernah dengar pasalnya. So istimewa bagi i la. Juga, sebab ia dah masuk TV! Ada beberapa program makan2 di TV dah perkenalkan gerai dan mee ini.  

Rasa mee tu? Sedappppp....supnya ala2 sup yong tau fu. Ada bihun dan mee kasar yang khabarnya dibuat sendiri oleh tuanpunya gerai. Kalau mee calong biasa, hanya dihidangkan bihun+mee+keropok getei+tahu sumbat ikan. Ada cili disediakan. Kalau yang macam dalam gambar ni, tu mee calong istimewa, ada telur mata kerbau. Memang bagi i, sedap mee ini. Semua secukup rasa. Tidak berlebihan. 

Kalau you all tertanya2 kat mana i makan mee ni....kat sini la...



Warong tepi jalan aje. Dekat dengan rumah orang. Warong terbuka berwarna biru. Terletak di Jalan Beserah, Kuantan. 

Masa i makan tu, penuh juga la ruang makan warong. Kalau tak silap, hampir semua meja makan penuh. Harga semangkuk mee calong istimewa tu....berapa ye? Entahla...orang belanja i makan. So tak tanya la harga....hehehehe...

So, untuk sesiapa yang menuju ke Pantai Timur, belum pernah dengar atau rasa mee calong ni, singgahlah kat warong tu. Cuba2 la rasa. InsyaAllah tak rugi kot. I minum air sirap bandung cincau...sedap juga....

Meh la rasa!

Wednesday, 12 December 2012

Disember yang meletihkan

Assalamualaikum.....

Woaaaa...lama juga i tak update ni kan? memang kesibukan aras tinggi untuk i sepanjang beberapa hari yang lalu. FB tu langsung i tak jengok2...tak tau apa kisah kawan2 semua. 

Hari ini (13 Disember 2012), i akan bertolak ke Ipoh pula. Selepas itu, terus ke Melaka pula. Lima hari tiada di rumah. Alaaaa...lima hari aje kan? Ada orang, berbulan2 tak ada bersama keluarga. Apa nak dihairankan , betul tak? Dua hari yang lepas pula, empat hari i di Kuantan. Bulan Disember ini memang setiap hujung minggu i tiada di rumah. Sejujurnya, letih...

Bulan ini juga i dapat berita tentang seorang sahabat yang jatuh sakit. Kasihan i pada dia. Sakit dia tidak diketahui puncanya. Perubatan moden tidak dapat mengesan punca sakit dia. Doa i agar dia akan sabar selalu menghadapi cubaan ini. Doa i agar dia segera sembuh. 

Bulan ini juga, seorang lagi sahabat i ditimpa malang. Apa yang dialami sahabat i ini, sukar untuk difahami. Terperangkap dalam situasi bahaya. Situasi yang mampu merosakkan maruah, career, dan harta. Tiada perincian akan situasi sahabat i ini kerana ia sesuatu yang sangat malang. I berdoa agar sahabat i ini dikuatkan Allah semangatnya, dikuatkan iman. Mudah2an Allah bantu dia ke arah jalan penyelesaian. Aminnn...

Hmmmm....sekejap lagi...masa untuk menyibukkan diri di ruang dapur...nak masak apa ye?




Wednesday, 5 December 2012

Rasa tak percaya

Inilah kelajuan pemanduan i semenjak kena saman baru-baru ini....ikut peraturan dan berada pada aras kelajuan sepatutnya. 


Tu kat hiway tu...ketawa i sorang-sorang sebab i jadi budak baik. Biasa sebelum tu, memang la i tekan minyak paling kurang 100 km/jam. Maklum sahaja, hiway, kereta kan tak banyak. Jalan pun cantik, tak ada lopak-lopak, banyaknya lurus tegak dan ada 3 lorong sehala. Rasa macam rugi je bawa kereta perlahan kan. Tapi of course la, peraturan dibuat untuk elakkan kesusahan.

Bagaimanapun, baru-baru ini apabila i menumpang kereta seorang kawan yang memandu Merc, kami bercakap mengenai had kelajuan memandu, ini komen dia,'kalau nak bawa perlahan, baik guna kereta power rendah, kalau dah kereta itu ada power tinggi, bayar cukai jalan tinggi, harga kereta tinggi, tak kan la bawa perlahan pulak...macam tak logik pulak'. Hmmmmm.....what say you?

Kalau lorong kiri tu hanya untuk memotong, buat dua lorong aje la kat hiway kan....? 

Yang pentingnya....hati-hati, jangan sampai susahkan orang lain.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

errr.....


Tuesday, 4 December 2012

Kerja oooo kerja

Kerna terpaksa....

Tetiba je i rasa macam nak menyanyi. Bukan apa, nak legakan sedikit rasa tertekan dalam dada ni. Kerja melambak...adoiii...atas meja di pejabat di Shah Alam, bersepah, atas meja di pejabat di Puncak Alam, bersepah. Bukan i tak reti nak mengemas tetapi hakikatnya, semua yang atas meja tu perlu penyelesaian. Assignment, test answers...menimbun! Isi kertas kerja semua dalam kepala...belum sempat nak dicurah ke atas kertas.

Hari ni i berjaga seawal pukul 2 pagi. Kalau orang lain, mungkin baru nak masuk tidur kot. I pulak bangun awal sebab, bos dah bagitau, nak 'input' perbincangan kertas kerja inovasi sebelum pukul 10 pagi hari ini. Kalau kelas i tak sampai 7 jam hari ini, pasti la i berkejar ke Shah Alam di sebelah petang untuk sesi perbincangan ini. Disebabkan kelas i penuh hari ini, tu la yang bos minta beri 'input' awal tu. Dan inilah sebabnya, Rozzana bangun awal sangat...kena cari maklumat, layar internet. Tak tau la jika 'input' yang i akan hantar sebentar lagi ni laku untuk dibincangkan.


Janji untuk hantar kertas kerja pada seorang kawan pun belum dapat i laksanakan....alahai...kerja oooo kerja...

Sorry ye, i hanya nak luahkan perasaan. Tekanan masih di tahap boleh kawal...lalalala....