Thursday, 28 February 2013

Indahnya berkawan ramai

Inilah yang i rasakan. Seronok dan indah mempunyai ramai kawan. Ke mana kita pergi pun, akan ada yang bertegur sapa dengan kita. Jika ada sedikit masalah pun, insyaAllah ada yang boleh membantu serba sedikit. Itulah perasaan i. Tapi bukanlah niat berkawan kerana nak minta bantuan. Berkawan kerana rasa seronok dan boleh bertukar2 pandangan. Tidak kesunyian.

Kawan i memang ramai. Seluruh dunia ada kawan i. Sebab i berada dalam social networking. Tujuannya ialah untuk mengenali budaya oarng lain, berkongsi pengalaman, bertukar pandangan. Bagaimanapun, memang ada yang berkawan untuk ambil kesempatan. Yang seperti ini memang la perit. 

Pernah i dimarahi dalam bentuk cercaan kerana i enggan berbuat seperti yang dikehendaki. Pernah i dimarahi kerana kawan tidak faham keadaan i. Pernah i disalahertikan kerana masalah komunikasi. Bagaimanapun, bukan ramai yang seperti itu. Ada yang terima i seadanya sebagaimana i menerima mereka seadanya.

Bersyukurlah apabila kita berjumpa kawan yang baik, yang sentiasa memberi kita kata2 semangat apabila kita berada dalam kesedihan, yang sudi mengingatkan kita apabila kelihatan seperti kita akan tersesat. Kawan seperti ini adalah sahabat baik, kawan rapat dan harus kekal dalam hati kita. 

Wahai yang mengenali i...terima lah i seadanya. Janganlah disalah erti persahabatan yang ada. I akan selalu doakan agar semua kawan2 i, sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan hidup walau di mana berada.

Dengan hadir mu kawan2, hidup i tidak sunyi dan hati i terhibur walaupun bukan di semua ketika kita saling berhubungan...

Tuesday, 26 February 2013

Bila Harijadi You?

Dalam entry i yang lepas, i cerita pasal kawan2 i buatkan surprised celebration birthday bash kat i kan. Aleh2 dalam FB i baru2 ni, mencurah-curah ucapan hepi besday...pada tarikh 27 Februari...apa lagi, Ella@K.Chik  pun laju la whatsapp i...'Yang mana satu kak? Konpius i...'

Bukan kawan2 je konpius, i sendiri pun selalu jugak konpius. 

Bukan apa, satu tarikh tu, menurut pakcik i, adalah tarikh sebenar hari kelahiran i. Tetapi semasa didaftarkan, berlaku salah kira...maka tertulislah tarikh yang berbeza dalam dokumen surat beranak dan kad pengenalan i.

Begitulah kisahhh...

Lepas tu bila dalam FB, i boh la tarikh sebenar. Tapi kawan2 yang dah lama kenal i memanglah bertanyakan soalan , mana satu tarikh birthday you?

Mana2 pun boleh. I tak kisah. Tapi i selalu berterus terang...i suka tarikh 23 Feb tu sebab sama tarikh lahir dengan husband i. Tarikh 27 Feb tu pun i suka sebab, lewat sikit i jadi tua...


Sunday, 24 February 2013

Thank you kawan2!

Malam semalam kawan2 i buat surprise birthday party kat i. Perancang utama, KChik@Ella. Simple je jamuan tetapi i terharu sebab mereka sudi raikan.

Untuk pertama kali selepas 20 tahun berkahwin, suami i baru ucapkan selamat hari lahir pada i...akhirnya...

Sepanjang hari itu, i lepak giler. Anak2 masak spagheti bolognese, petang g beli kek kat secret recipe, malam Ella amik untuk ke surprised party.

Hajat nak buat keje di rumah, terbantut sebab rasa tak nak buat apa2. Letih bekerja 5 hari seminggu, belum mula kelas lagi...boleh jadi 7 hari seminggu pulak. Mungkin sebab itu, masa ni, i lepak giler. Malas nak keje lebih masa di rumah melainkan keadaan terdesak.

Apa2pun...ada keje yang i kena bereskan menjelang Mac. Kalau maklumat tak upload dalam laman web, pasti huru hara i nanti...dalam kepala framework keje dah ada hanya nak curah atas kertas aje...hmmmm...rasa cam esok nak larikan diri je..kunci diri dalam bilik, buat keje sampai habis.

Petang esok, nak ke Melaka...one night stay, whole day workshop.

Apa2pun, i nak ulang ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi raikan hari lahir i baru2 ini. Terasa bahagia bersahabatkan anda semua. Harap2nya i dapat buat perkara yang sama buat mereka juga...



Wednesday, 20 February 2013

Tak faham la!

I memang tak puas hati. I tak faham. Apa yang mereka fikirkan?

I nak mengadu pasal pentadbiran hospital la kot ye. Tak puas hati dan ada sikit bengang.

Mak i memang la diabetes. Dah kena cucuk insulin setiap hari. Kaki dah bengkak. Bahagian abdomen juga bengkak seperti busung. Semasa pertama kali mak dibawa ke hospital dengan keadaan seperti itu, pihak hospital suspek perut mak yang dipenuhi air adalah kerana mungkin ginjal mak rosak. Setakat itu sahaja kata mereka. Mak pun diarahkan balik ke rumah. Dan diberikan satu surat untuk temu janji seterusnya di hospital lain untuk 2 minggu kemudian.

Apabila pagi2 buta mak ke hospital, tunggu beberapa lama, rupa2nya bukan untuk rawatan, sebaliknya untuk buat temujanji pada lain masa. Mak pun balik semula ke rumah. Itu aje?

Tiba masa, mak pun pergi semula ke hospital untuk rawatan susulan....okay. Tiada apa2 selanjutnya. Mak balik semula ke rumah. Perut mak masih tak susut saiznya.

Selepas hampir 2 minggu, tiba2 adik i telefon maklumkan, 'Mak tiba2 tak boleh bercakap. Lidah kelu'. Segera i hubungi kawan i seorang doktor perubatan dan minta nasihat. Kami sama2 berbincang tentang kemungkinan keadaan mak. I nak pergi melawat mak malam tu tp adik i maklumkan mak dah tidur. So i batalkan perjalanan yang ambil masa hampir 2 jam dan tunggu esok ahri untuk melihat keadaan mak.

Esoknya bila i melawat mak, terkejut besar i. Yang pertama, mak dah boleh bercakap. Alhamdulillah. Yang kedua, muka mak sembab sehingga ke pelupuk mata bengkak. Kaki mak makin bengkak. Tangan mak bengkak. Perut mak, masih tak susut.

Petang itu, adik2 dan abang i bawa mak ke hospital. Seharian di hospital, pihak hospital hanya maklumkan, mak kurang itu, ini, dan mak dibawa balik ke rumah. Itu aje.

Mak dijadualkan ke hospital semula untuk pemeriksaan darah pula pada minggu hadapannya. I maklumkan kepada kawan i tentang layanan mak di hospital. Kawan i tu terkejut besar sebab kami berpandangan, mak mungkin ada masalah jantung. sebab itu, seluruh badan mak bengkak2...

Pada hari di mana mak ke hospital untuk pemeriksaan darah, i pun gunakan pengaruh kawan i, pakar perubatan untuk bantu i dapatkan perhatian lebih dari pihak hospital. Dengan bantuan kawan i ini, akhirnya mak dimasukkan ke wad. Dan menerima rawatan yang sepatutnya...hasil pemeriksaan darah masih belum keluar keputusan. Mak di wad diberi rawatan untuk mengurangkan bengkak2 (edema) dalam tubuh. Bila i melawat mak sehari lepas, keadaan mak lebih baik, semua bengkak2 dah susut.

Esok mak akan melalu ujian echocardiography...satu ujian diagnostik jantung.

Apa i nak kata di sini ialah, bagaimana pihak hospital boleh tidak membuat tindakan sewajarnya kepada pesakit seperti mak i yang jelas ada masalah kesihatan. Nak tunggu sehingga jadi bagaimana agaknya baru mereka nak buat apa yang sepatutnya? 

Mujur la i ada kenalan yang agak berpengaruh dalam perubatan, jika tidak...perut mak i dan badan mak i masih bengkak2....

Tapi ini hospital kerajaan la...kalau di private, semua test dorang akan buat...janji bayar!

Jadi betul la kata orang, kena ada kabel untuk apapun kat Malaysia ni...

1Malaysia?

Monday, 18 February 2013

Bos, kenapa you ye?

Bila boss kita perempuan, moody tu perkara biasa. Almaklum, perempuan ni banyak yang mempengaruhi...lebih2 lagi hormon. Tak hairan lah jika pekerja lelaki selalu saja mengajuk bos perempuan apabila bos marah2.

I pun perempuan juga. Ada ketika, i berlagak macam bos juga...almaklum, ada staf kan. Tapi, entah la...tak tahu pulak jika i selalu je moody.

Perihal bos i ni, memang la pelik juga dia ni. Orangnya baik, bijak, pemurah, sweet...macam2 la yang baik i boleh cakap pasal dia. Tapi...dia boleh moody tak tentu pasal ada ketika tu. Pernah sekali dulu i tulis pasal konflik i dengan bos yang i tak faham apa puncanya.

Hari ni bos i moody lagi. Ada je yang dia tak puas hati dengan hari ini. Sedih baca komen dia bila kita whatsapp tanyakan sesuatu. Aduhai boss...kenapa you ye?

Hari ini entah kenapa dia tak dapat kawal mood dia. Seharian moody. Semua staf kecut perut bila dia moody. Bukan apa, semua orang dapat tempias marah dia. Nak buat kerja pun jadi tak senang.

Aduhaiiii....

Saturday, 16 February 2013

Macam mana nak mula ni?

Tugasan terbaru i baru2 ni ialah tulis artikel dalam newspaper pasal aktiviti yang jadi brainchild department i dan big boss. Huh! Pronto kata bos i...

Sampai sekarang ni idea menulis masih sangkut kat otak i. Asyik memikir cara mana terbaik nak sampaikan maklumat ni. Agar tak membosankan. Agar menarik perhatian. Agar menjadi rujukan kot. Bahasa dalam surat khabar ni tak seperti yang biasa-biasa. Kena catchy. Tak boleh terlalu academik. Tak boleh santai juga. Ni la yang payah sebenarnya.

I pernah la sediakan satu press kit conference dua tahun yang lalu. Aduhhh...bila bos baca, banyak la editnya. Dari situ la i belajar sikit, menulis dalam suratkhabar bukan mudah.

Apabila bos bagi assignment itu, i mohon sedikit penangguhan sebab, menulis bukan mudah dan i perlu banyak membaca untuk dapat bahasa yang betul. Tambahan pula, hampir setiap hari ada sahaja aktiviti ad-hoc dan sebagainya. Semua atas arahan big and bigger bos.

Kadang suami i kata, i ni tak reti guna masa. Geram juga ditegur begitu. Tetapi bila i renung2kan, i kena akui...memang hakikatnya i tak pandai guna masa sebaiknya. Kadang di pejabat, melayan soalan2 rakan kerja yang perlukan bantuan sama ada bersemuka atau melalui telefon, setengah hari berlalu begitu sahaja. Bila kena baca dokumen, kalau i baca cepat sangat i mungkin akan tertinggal important points yang perlu pembetulan. Akhirnya dalam sehari, apa yang dirancang hendak diselesaikan tak menjadi.

Ada ketika, i bawa balik juga kerja ke rumah tetapi sejak setahun dua ini, i dah berubah, i hanya akan buat kerja jika i tak penat. Rehat sudah wajib bagi i. Especially apabila di pejabat, kerja non-stop.

Apa2pun...otak i ni berterusan memikir...bagaimana nak memulakan artikel tu ye...?

Thursday, 7 February 2013

Coming nearer to 45

That is a number, in fact reaching 4 series number, is what many women dreaded i think. Because, it is really the time when younger generation starts calling us 'makcik' . But of course, some get called 'makcik' or aunt at much earlier age than that. Especially when we adopt 'that makcik' look and yes, when your children are all grown up. But then, what's wrong with that, right? It just shows that we are more experienced and we are being respected and acknowledged by the younger generations.

I am not dreading reaching 45 but i really feel that i am very old already. And i think i have not reached anywhere in my life. I have not done anything significant so far. But then again, i have never set high goals in my life. I want a simple life and so, my life is now...simple. Tribulations are normal occurrence in any normal human life.

I remember this, a long time ago, after finishing my undergraduate studies, as my friends and i were getting ready packing to go home, we discussed about what next after this. When everyone was talking about continuing their studies, my respond was this, 'saya nak balik, nak kahwin.' hehehehe...that shows how 'ambitious' i was. And at that time, i was really thinking that i will just be a housewife and an educated one so that i can teach my own children. And now...i have turned to a completely opposite direction. I have now become a workaholic woman. What a changed person i have become.

Anyway....soon, i'll be 45. I am actually scared. I dont know why but i just feel scared. Its not about age is always linked with death but perhaps more of what have i achieved in my life and what is my plan next. Do i want to stay as the person with the same personality or should i change a bit so that i am different in a positive way?

The stress of thinking...




CNY

Hepi...hepi...hepi new year!

Dalam setahun ada berapa kali kita boleh ucapkan selamat tahun baru? Macam all year round je kan...

I rasa mulai esok, sunyi la sikit KL ni kot...Sekolah cuti seminggu, apa lagi? Kalau tak balik kampung pun...g cuti-cuti Malaysia atau yang duit lebih sikit, pergi ke luar negara. G Vietnam la, Indonesia la, Singapore la, China la...dan kalau yang lebih lagi...g US, UK, Europe. Alangkah seronok ada pitih lebih ni kan...

Kalau tak keluar negara pun, rasa i, tempat-tempat peranginan / percutian di Malaysia fully booked semuanya. Masa ni, durian runtuh la untuk tokey2 tempat peranginan, hotel2, kedai2 makan...nak shopping masa ni...maaf la ye...it is CNY, most shops are closed. Tapi kalau nak lepak kat shopping kompleks tanpa bersesak..memang masa ni kot. So far, KL akan dipenuhi oleh Indonesians, Filipinos, Bangladeshis dan yang seangkatan...

Apa2pun...berhati2 semasa memandu ke mana2pun. Selamat bercuti semua....Gong Xi Fa Chai