Malam semalam kawan2 i buat surprise birthday party kat i. Perancang utama, KChik@Ella. Simple je jamuan tetapi i terharu sebab mereka sudi raikan.
Untuk pertama kali selepas 20 tahun berkahwin, suami i baru ucapkan selamat hari lahir pada i...akhirnya...
Sepanjang hari itu, i lepak giler. Anak2 masak spagheti bolognese, petang g beli kek kat secret recipe, malam Ella amik untuk ke surprised party.
Hajat nak buat keje di rumah, terbantut sebab rasa tak nak buat apa2. Letih bekerja 5 hari seminggu, belum mula kelas lagi...boleh jadi 7 hari seminggu pulak. Mungkin sebab itu, masa ni, i lepak giler. Malas nak keje lebih masa di rumah melainkan keadaan terdesak.
Apa2pun...ada keje yang i kena bereskan menjelang Mac. Kalau maklumat tak upload dalam laman web, pasti huru hara i nanti...dalam kepala framework keje dah ada hanya nak curah atas kertas aje...hmmmm...rasa cam esok nak larikan diri je..kunci diri dalam bilik, buat keje sampai habis.
Petang esok, nak ke Melaka...one night stay, whole day workshop.
Apa2pun, i nak ulang ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi raikan hari lahir i baru2 ini. Terasa bahagia bersahabatkan anda semua. Harap2nya i dapat buat perkara yang sama buat mereka juga...
No comments:
Post a Comment