Saturday, 16 February 2013

Macam mana nak mula ni?

Tugasan terbaru i baru2 ni ialah tulis artikel dalam newspaper pasal aktiviti yang jadi brainchild department i dan big boss. Huh! Pronto kata bos i...

Sampai sekarang ni idea menulis masih sangkut kat otak i. Asyik memikir cara mana terbaik nak sampaikan maklumat ni. Agar tak membosankan. Agar menarik perhatian. Agar menjadi rujukan kot. Bahasa dalam surat khabar ni tak seperti yang biasa-biasa. Kena catchy. Tak boleh terlalu academik. Tak boleh santai juga. Ni la yang payah sebenarnya.

I pernah la sediakan satu press kit conference dua tahun yang lalu. Aduhhh...bila bos baca, banyak la editnya. Dari situ la i belajar sikit, menulis dalam suratkhabar bukan mudah.

Apabila bos bagi assignment itu, i mohon sedikit penangguhan sebab, menulis bukan mudah dan i perlu banyak membaca untuk dapat bahasa yang betul. Tambahan pula, hampir setiap hari ada sahaja aktiviti ad-hoc dan sebagainya. Semua atas arahan big and bigger bos.

Kadang suami i kata, i ni tak reti guna masa. Geram juga ditegur begitu. Tetapi bila i renung2kan, i kena akui...memang hakikatnya i tak pandai guna masa sebaiknya. Kadang di pejabat, melayan soalan2 rakan kerja yang perlukan bantuan sama ada bersemuka atau melalui telefon, setengah hari berlalu begitu sahaja. Bila kena baca dokumen, kalau i baca cepat sangat i mungkin akan tertinggal important points yang perlu pembetulan. Akhirnya dalam sehari, apa yang dirancang hendak diselesaikan tak menjadi.

Ada ketika, i bawa balik juga kerja ke rumah tetapi sejak setahun dua ini, i dah berubah, i hanya akan buat kerja jika i tak penat. Rehat sudah wajib bagi i. Especially apabila di pejabat, kerja non-stop.

Apa2pun...otak i ni berterusan memikir...bagaimana nak memulakan artikel tu ye...?

1 comment: