I memang tak puas hati. I tak faham. Apa yang mereka fikirkan?
I nak mengadu pasal pentadbiran hospital la kot ye. Tak puas hati dan ada sikit bengang.
Mak i memang la diabetes. Dah kena cucuk insulin setiap hari. Kaki dah bengkak. Bahagian abdomen juga bengkak seperti busung. Semasa pertama kali mak dibawa ke hospital dengan keadaan seperti itu, pihak hospital suspek perut mak yang dipenuhi air adalah kerana mungkin ginjal mak rosak. Setakat itu sahaja kata mereka. Mak pun diarahkan balik ke rumah. Dan diberikan satu surat untuk temu janji seterusnya di hospital lain untuk 2 minggu kemudian.
Apabila pagi2 buta mak ke hospital, tunggu beberapa lama, rupa2nya bukan untuk rawatan, sebaliknya untuk buat temujanji pada lain masa. Mak pun balik semula ke rumah. Itu aje?
Tiba masa, mak pun pergi semula ke hospital untuk rawatan susulan....okay. Tiada apa2 selanjutnya. Mak balik semula ke rumah. Perut mak masih tak susut saiznya.
Selepas hampir 2 minggu, tiba2 adik i telefon maklumkan, 'Mak tiba2 tak boleh bercakap. Lidah kelu'. Segera i hubungi kawan i seorang doktor perubatan dan minta nasihat. Kami sama2 berbincang tentang kemungkinan keadaan mak. I nak pergi melawat mak malam tu tp adik i maklumkan mak dah tidur. So i batalkan perjalanan yang ambil masa hampir 2 jam dan tunggu esok ahri untuk melihat keadaan mak.
Esoknya bila i melawat mak, terkejut besar i. Yang pertama, mak dah boleh bercakap. Alhamdulillah. Yang kedua, muka mak sembab sehingga ke pelupuk mata bengkak. Kaki mak makin bengkak. Tangan mak bengkak. Perut mak, masih tak susut.
Petang itu, adik2 dan abang i bawa mak ke hospital. Seharian di hospital, pihak hospital hanya maklumkan, mak kurang itu, ini, dan mak dibawa balik ke rumah. Itu aje.
Mak dijadualkan ke hospital semula untuk pemeriksaan darah pula pada minggu hadapannya. I maklumkan kepada kawan i tentang layanan mak di hospital. Kawan i tu terkejut besar sebab kami berpandangan, mak mungkin ada masalah jantung. sebab itu, seluruh badan mak bengkak2...
Pada hari di mana mak ke hospital untuk pemeriksaan darah, i pun gunakan pengaruh kawan i, pakar perubatan untuk bantu i dapatkan perhatian lebih dari pihak hospital. Dengan bantuan kawan i ini, akhirnya mak dimasukkan ke wad. Dan menerima rawatan yang sepatutnya...hasil pemeriksaan darah masih belum keluar keputusan. Mak di wad diberi rawatan untuk mengurangkan bengkak2 (edema) dalam tubuh. Bila i melawat mak sehari lepas, keadaan mak lebih baik, semua bengkak2 dah susut.
Esok mak akan melalu ujian echocardiography...satu ujian diagnostik jantung.
Apa i nak kata di sini ialah, bagaimana pihak hospital boleh tidak membuat tindakan sewajarnya kepada pesakit seperti mak i yang jelas ada masalah kesihatan. Nak tunggu sehingga jadi bagaimana agaknya baru mereka nak buat apa yang sepatutnya?
Mujur la i ada kenalan yang agak berpengaruh dalam perubatan, jika tidak...perut mak i dan badan mak i masih bengkak2....
Tapi ini hospital kerajaan la...kalau di private, semua test dorang akan buat...janji bayar!
Jadi betul la kata orang, kena ada kabel untuk apapun kat Malaysia ni...
1Malaysia?
No comments:
Post a Comment