Inilah yang i rasakan. Seronok dan indah mempunyai ramai kawan. Ke mana kita pergi pun, akan ada yang bertegur sapa dengan kita. Jika ada sedikit masalah pun, insyaAllah ada yang boleh membantu serba sedikit. Itulah perasaan i. Tapi bukanlah niat berkawan kerana nak minta bantuan. Berkawan kerana rasa seronok dan boleh bertukar2 pandangan. Tidak kesunyian.
Kawan i memang ramai. Seluruh dunia ada kawan i. Sebab i berada dalam social networking. Tujuannya ialah untuk mengenali budaya oarng lain, berkongsi pengalaman, bertukar pandangan. Bagaimanapun, memang ada yang berkawan untuk ambil kesempatan. Yang seperti ini memang la perit.
Pernah i dimarahi dalam bentuk cercaan kerana i enggan berbuat seperti yang dikehendaki. Pernah i dimarahi kerana kawan tidak faham keadaan i. Pernah i disalahertikan kerana masalah komunikasi. Bagaimanapun, bukan ramai yang seperti itu. Ada yang terima i seadanya sebagaimana i menerima mereka seadanya.
Bersyukurlah apabila kita berjumpa kawan yang baik, yang sentiasa memberi kita kata2 semangat apabila kita berada dalam kesedihan, yang sudi mengingatkan kita apabila kelihatan seperti kita akan tersesat. Kawan seperti ini adalah sahabat baik, kawan rapat dan harus kekal dalam hati kita.
Wahai yang mengenali i...terima lah i seadanya. Janganlah disalah erti persahabatan yang ada. I akan selalu doakan agar semua kawan2 i, sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan hidup walau di mana berada.
Dengan hadir mu kawan2, hidup i tidak sunyi dan hati i terhibur walaupun bukan di semua ketika kita saling berhubungan...
No comments:
Post a Comment