Sunday, 3 March 2013

Tercapai juga hasrat

Dah lama i plan. Tapi tak sempat2 i nak realisasikan. Segan kat suami. Tapi akhirnya, pada hari Jumaat lepas, tercapai juga hasrat hati i.

Bukan apa sangat pun...hanya i berhasrat nak keluar shopping dengan anak2 dara i saja. Girls day out. Men not allowed. Begitulah adanya..

So last Friday, i bercuti dari kerja dan menemankan anak2 dara i membeli belah. Anak sulung i sebenarnya nak keluar bersama adik dia...Fatihah. Dia minta tolong hantarkan ke stesyen komuter tapi  i cadangkan mereka ke Setia City Mall, i boleh hantar terus ke kompleks beli belah tu.

I sebenarnya memang bercadang untuk ke pejabat dan buat la apa yang patut walaupun dah dapat kelulusan cuti. Borang je i belum isi...alamak!

I cadang, setengah hari aje di SCM tetapi alih2...hampir sehari suntuk di sana. Keluar masuk kedai kami bertiga. I bagitau anak i, 'beli sendiri ye...dah ada duit gaji tu, jangan la kedekut.' Bukan apa, i nak anak2 i pandai memilih sendiri dan bajetkan sendiri. Jika tak cukup duit, jangan beli.

Lepas tu kami makan di Seoul Garden...aduhhhh...masing2 bukan makan banyak mana pun. Baru 1 helping dah kenyang...bayar sampai RM117.00 untuk 3 orang. macam membazir la pulak. I dah tak larat makan. Anak2 i pun bukan pemakan sangat. Kalau la suami i tau...harus kena tegur tu.


Main masak2 di Seoul Garden


Apa2pun, i sangat gembira sebab hari tu, impian i untuk Girls Day Out tercapai. Lubang jugak la purse i walaupun anak dara i tu banyak bayar sendiri...apa yang i beli ye?

No comments:

Post a Comment