Wednesday, 6 March 2013

Bermula sesi baru

Tanggal 4 Mac yang baru lepas, bermula la sesi baru minggu akademik di UiTM. Pengambilan baru pelajar bagi sesetengah fakulti atau program. Bukan untuk program di fakulti tempat i attached. Alhamdulillah. Jika tidak, pening kepala kami semua.

Anak i Fatin, pun dah mendaftar untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana muda. Kebetulan dapat di kampus di mana i bertugas. Mudah la sedikit sebab tak jauh dari rumah dan samada dia travel dengan i atau ayahnya apabila i kena pergi ke Shah Alam. Kurang la perbelanjaan kerana tak perlu menyewa rumah. Cuma anak risau jika perlu hadapi cubaan dan godaan untuk belajar apabila di rumah...almaklum, ada ASTRO...apapun i nasihatkan dia, agar pandai menjaga masa dan insyaAllah tiada gangguan setakat untuk belajar untuk apa2 asesmen dan kerja kuliah. Jimat juga sebab i tak perlu sediakan kemudahan internet untuk dia sebab di rumah sudah ada kemudahan itu. Syukur sangat2...

Untuk i pula, beban pengajaran masa sama seperti sebelum ini, dengan bilangan pelajar seramai hampir 400 orang kesemuanya. Kena rajin dan sabar kerana ini bermakna banyak la kerja pelajar yang perlu disemak dan diserahkan semula kepada pelajar supaya mereka dapat perbaiki kesilapan.

I memang bersyukur sangat kerana Allah lorongkan i ke arah ini...berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak2 bangsa i...Mudah2an Allah berkati serba sedikit apa yang i kongsikan dengan mereka dan mudah2an kesemua mereka berjaya dalam hidup mereka. Aminnnn...

Jom makan maggi:


My lunch today akibat misscommunication!

No comments:

Post a Comment