Wednesday, 27 March 2013

Tahniah Fatihah!

Keputusan peperiksaan SPM sudah seminggu diumumkan. Alhamdulillah...Fatihah did well. Sebelum peperiksaan bermula, i beritahu Fatihah, 'Ibu nak semua A kalau boleh semua A+'. Kasihan Fatihah pulun habis masa peperiksaan. Badan yang memang dah kurus melidi bertambah kurus.
 
Apabila keputusan peperiksaan hampir dikeluarkan, Fatihah dah tak senang duduk. Sudah termimpi2. Dan dia nampak takut. Tak ada apa yang i boleh buat untuk dia...
 
Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan, hari Khamis, 21 Mac 2013, pagi2 lagi Fatihah dah nampak risau. 'Nak muntah la ibu'. Itu kata Fatihah. Punyalah takut dia...I pergi kerja seperti biasa tapi berjanji dengan Fatihah akan hadir di sekolah semasa keputusan diumumkan. Fatihah bagitau i,'Kalau ibu tak datang pukul 11 nanti, Fatihah nangis.' Kebetulan i tak ada kelas. So pukul 10.45 pagi i bertolak ke sekolah Fatihah.
 
Keputusan diumumkan oleh pihak sekolah dalam pukul 11.30 pagi lebih kurang. Ramai juga ibu bapa yang turut sama menemankan anak2 mengambil keputusan peperiksaan. Sebelum diumumkan, kami ibu bapa mendengar berita seramai 6 orang pelajar mendapat keputusan semua A. Semasa keputusan diumumkan dengan dimulakan dengan nama2 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, i berdebar2 menunggu. Nama pertama yang dipanggil adalah kawan baik Fatihah, kemudian nama kawan baik seorang lagi dan 4 orang lagi, pelajar2 lain. So, Fatihah bukan salah seorang yang mendapat semua A. By that time, Fatihah dah menangis teresak2...sedih sebab tidak dapat memberi apa yang i inginkan. Kemudian pihak sekolah mengumumkan keputusan peperiksaan yang mendapat 7A....apabila nama Fatihah dipanggil, Fatihah tak sedar sehinggalah kawan2 memberitahu dia...

Ketika Fatihah bergerak mengambil keputusan peperiksaan dari tangan pengetua sekolah, mukanya merah padam, hidung merah...airmata bercucuran. Suami i memanggil Fatihah apabila Fatihah lalu depan kami. Sedih i lihat Fatihah menangis. I faham perasaan dia. I memujuk dengan meminta melihat kertas yang menandungi keputusan peperiksaan dan segera mencari keputusan kertas Additional Mathematics. Apabila i maklumkan 'Fatihah, Fatihah dapat A+ untuk Additional Mathematics,' Fatihah tersenyum seketika dan menjerit,'Betul ke ibu?'.
 
Fatihah mendapat 6A+, 2A- dan 1B+. Cemerlang...sungguh cemerlang. I pun tak secerdik itu. Hehehehe...
 
Sekarang Fatihah sudah pun mengisi permohonan melalui UPU ke program asasi dan diploma. Cita2 Fatihah masih sama, ingin menjadi seorang doktor. Mudah2an tercapai hasrat dia. Hanya i maklumkan kepada Fatihah, dia kena berusaha mendapat semua A semasa program asasi sains nanti. Ini kerana, keputusan 2A- dan 1B+ tu adalah untuk kesemua subjek sains asas Fatihah.



Apa2pun, i doakan semoga Fatihah berjaya ke arah mencapai cita2nya. Seronok apabila ada a medical doctor in the house...

No comments:

Post a Comment