Tak lama lagi keputusan peperiksaan SPM akan keluar. I tengok anak i Nurul Fatihah dah tak senang duduk. Termenung sana termenung sini. I faham, dia risau akan keputusan yang bakal keluar ini. Apa tak risau bila i tekankan kepada dia sebelum bermula peperiksaan tempohari, 'Ibu tak nak banyak, hanya nak semua subjek A atau A+'. Stres agaknya Fatihah.
Fatihah bagitau i yang dia dah termimpi keputusan peperiksaan tu, yang dia perasan, dia dapat A untuk Applied Mathematics. Wah! itu dah sangat baik . Mudah2an betul...Cuma dia kata, yang lain dia tak pasti. Ermmmm.....
Memanglah fatihah bercita-cita untuk emnjadi ahli perubatan. Pada masa sama, i galakkan dia membuka minda untuk bidang lain yang seumpamanya seperti pergigian atau farmasi. So nampaknya Fatihah dah buat homework. Apa2pun, terserah kepada pilihan dia dan rezeki dia kelak.
Melihat betapa stresnya Fatihah, i redakan dia dengan sesekali memeluk bahu dia, bisik kat dia, 'apa2 results Fatihah pun , ibu okay aje. Fatihah dah berusaha bersungguh-sungguh dan sudah berdoa. So terima sahaja apa yang akan diputuskan kelak.'
Doa i mudah2an keputusan peperiksaan Fatihah sebaik yang diharapkan...
No comments:
Post a Comment