Thursday 21 March 2013

Sambil menyelam, minum air

Masa kelas tadi, i cerita kepada students i tentang adaptasi tubuh terhadap rangsangan....luar atau dalam. Antara adaptasi yang berlaku adalah pertambahan jisim (increase in mass) yang boleh berlaku kerana pembesaran sel dan pertambahan bilngan sel. So i beri contoh di mana kedua2 keadaan boleh berlaku iaitu apabila tubuh perempuan (uterus). Dah masuk pasal bab pregnancy la pulak...

Sambil menyelam, minum air...

Lalu i cerita juga mengapa, semua orang kena hormat perempuan terutama yang bergelar 'ibu/mak/mama/mom'. Mengapa Rasulullah mengatakan bahawa ibu harus dimuliakan..bahkan wajib bagi anak2 lelaki memuliakan ibunya...(harap i tak salah di sini). I cerita mengenai perubahan tubuh, pengorbanan dan kesakitan. Oleh kerana students i ni dalam bidang separa perubatan, jadi mereka faham apa maksud apa yang i ceritakan.

Sesungguhnya kesakitan semasa bersalin memang hanya sementara tetapi semasa ia dialami, seumur hidup tak kan mudah dilupakan. Andainya lelaki boleh merasakan apa yang dialami oleh isteri semasa mengalami kesakitan bersalin....biarpun sesetengah perempuan nampak seperti mudah sahaja melahirkan, tetapi ramainya mengalami trauma kesakitan.

Apa2pun...i sudah mengalami sebanyak 7x...cukuplah tu. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment