Monday, 4 March 2013

Ala lalalala...GPS! Suria Cherating Beach Resort

Weekend yang baru lepas ni, i dan keluarga pergi bercuti sehari semalam di Suria Cherating Beach Resort. Perjalanan ke sana ambil masa dalam 4 jam lebih kurang. Termasuk masa terbuang kerana sesat. Apa tak sesatnya, i guna gps, entah ke mana2 arah yang diberi. Sepatutnya kami menuju ke arah  Kuala Terengganu, arah gps pula ke Pekan Pahang. Jauh beza destinasi tu.

Selepas tersesat dekat 1/2 jam, i give up. I called kawan yang sama2 pergi ke sana, dapatkan direction. Pun begitu, suami i asyik takut2. Dah masuk jalan betul, dia nampak jalan tu macam sunyi, pusing balik. Aduyai...lepas bertanya dengan penduduk setempat, rupanya betul laluan yang dituju sebentar tadi.

Singgah makan di sebuah gerai / restoran tepi jalan (Restoran Baging), makan nasi ayam, nasi goreng Amerika, nasi goreng Pattaya, bihun sup dan air...semua berjumlah RM64.00. Mahal jugak tu. Sebabnya bila kami makan di KL, sama la harga macam tu. Of course la kami fikir tu mahal sebab restoran tu di kawasan luar bandar. Suami i makan pun tak habis sebab katanya, nasi macam pulut!'

Dalam 10 km ke hadapan dari restoran tadi, sampailah kami di Suria Cherating Beach Resort. Okay la tempatnya. I bayar RM120.00 semalam stay. Ada kolam untuk kanak2 sahaja yang arasnya hanya sedalam paras pinggang dewasa yang mempunyai tinggi 5 kaki. Ada dua kolam sebelah menyebelah. Ada gimnasium disediakan, table tennis, pool table, padang futsal dan beach volley ball. Pantainya boleh tahan cantik. Pasir putih bersih.

Kemudahan dalam bilik, bilik yang i sewa tu, ada dua katil single, ada peti sejuk kecil, extra pillows, set kerusi, TV. Nak gosok baju, kena la minta dari house keeping department.

Makanan...not that bad at all. Sedap juga. Macam2 pilihan juga la. Buah, pencuci mulut, air sejuk, air panas, pilihan makanan utama ada ikan, ayam / daging, sayuran. Pencuci mulut, ada bubur, kuih muih. I rasa, puas hati la dengan hidangan makanan. 

Ada juga kedai cenderahati...

Tempat tu dekat dengan Bandar Baru Chendor.

Sebaris dengan Suria Cherating Beach Resort, tentulah banyak lagi tempat penginapan seperti Impiana Beach Resort, apa lagi ek? Maaf la...terlupa sudha...

Alhamdulillah, anak2 i gembira kerana akhirnya permintaan mereka untuk bercuti di tepi pantai tercapai...syukur.

No comments:

Post a Comment