Okay, kali ni i nak share dengan kawan2 pasal bagaimana nak lahirkan anak2 yang cerdik macam anak2 Yahudi. I dapat maklumat ini dari email i. Ia adalah hasil kajian seorang Mat Saleh semasa Mat Saleh ini berada di Israel. Mat Saleh ni mengkaji kenapa anak2 Yahudi cerdik2 berbanding anak2 Amerika. Malahan kecerdikan anak2 Yahudi adalah 10x lebih berbanding anak2 bangsa lain.
I rasa maklumat dari kajian Mat Saleh ni masuk akal. Kata Mat Saleh ini, orang2 Yahudi mula mendidik anak2 mereka sejak dari dalam kandungan lagi. Apabila perempuan Yahudi mengandung, mereka mendengar muzik dan mula membuat banyak latihan matematik. Kata mereka, muzik baik untuk perkembangan otak bayi. Membuat latihan matematik adalah permulaan memberi akal yang baik.
Mereka juga menjaga pemakanan. Mereka banyakkan memakan buah badam, kurma dan minum susu. Mereka tidak makan ikan yang berkepala. Maksudnya, mereka makan banyak ikan tetapi bahagian kepala dibuang. Kata mereka, makan kepala ikan tidak elok untuk perkembangan bayi. Tetapi ikan itu sangat bagus untuk perkembangan otak.
Seperti dalam agama Islam sekalipun, seharusnya hidangan ikan tidak bercampur dengan daging. Begitulah makanan orang-orang Yahudi. Mereka banyak makan ikan dan apabila ikan dihidangkan, tiada makanan berprotein lain dihidangkan, hanya ikan. Bagaimana dengan pemakanan kita?
Orang-orang Yahudi banyak makan kacang badam. Jom kita amalkan...
Kebanyakan mereka tidak merokok kerana nikotin yang terkandung dalam asap rokok merosakkan sel-sel otak secara jangka panjang. Ia memberi kesan kepada genetik. Tak percaya ke? Ini adalah pengakuan orang2 Yahudi sendiri. Tapi, lihatlah siapa pemunya kilang rokok terbesar?
Mat Saleh yang menulis berkaitan ini, telah mencuba untuk dirinya sendiri. Kata beliau, kesan pemakanan baik ini dapat dilihat pada generasi ketiganya...cucu2nya menjadi kanak2 yang cerdik.
I dah terlambat la nak ikut cara makan yang baik ini. Tetapi rasa i, belum terlambat untuk ibu2 muda mengamalkannya. Cubalah...
No comments:
Post a Comment