Friday, 31 May 2013

Burnt out

When you no longer have the drive to continue working, when everything you plan to do fell flat...when nothing doing...i guess...that's what is meant by burnt out.

After almost 3 years doing this administrative job, non-stop project, continuous challenge to energy, i feel i am at my worst condition.

2 months...still not up to my standard level. Body is tired. Mind is tired. All my body and mind want is SLEEP...sleep the tiredness away.

I really feel i am losing myself, my freedom of mind...or rather..peace of mind.

Ooooo strength...where are you hiding? Am tired so tired...

Jom p tido!

Never ending job

Sehari yang lepas i stay di Holiday Villa selama 3 malam, malam ni i berada di Seremban pula...2 malam lagi bermalam di luar rumah. Begitulah kerja. A never ending tasks...berterusan, berturutan...apabila kawan-kawan lain boleh berehat selepas berbengkel lama, i dan beberapa kawan dari jabatan yang sama, tak dapat nak bercuti...kena ke pejabat, semak dokumen...buat persediaan untuk mesyuarat besar lain pulak.

Selama hampir dua bulan yang lalu, i tidak mempunyai semangat bekerja yang tinggi...letih, penat...hilang semangat. Buat kerja kerana terpaksa. Alhamdulillah..semangat i dah pulih. InsyaAllah, dah boleh fokus semula walaupun peluang berehat lama tiada pun.

Yang kasihan ialah anak2 i...mereka ni selalu je kena tinggal, dan bila mereka bercuti sekolah, i pulak selalu tiada di rumah. Ada ketika i rasakan, anak2 i ni tak bertuah kerana punya ibu yang mementingkan kerja berbanding mereka...sebenarnya, bukan itu yang i mahu. Tetapi itulah kenyataannya...i jarang bercuti. I memang harus selalu bersyukur kerana anak2 i memahami tugas ibu dan i berdoa agar pengorbanan yang terpaksa diambil ini, berbaloi akhirnya.

Thursday, 16 May 2013

Hari Cemerlang Fatin

Pada 14 Mei 2013 yang lalu, Fatin telah dianugerahkan Anugerah Naib Canselor pada majlis Konvokesyen ke-78 UiTM. Alhamdulillah...segala penat lelah bersengkang mata belajar selama 2 1/2 tahun mendatangkan hasilnya...penganugerahan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Ibu ayah mana yang tidak berbangga dengan kejayaan anaknya, kan?

Nak share la dengan semua beberapa gambar kenangan pada hari tersebut:

Fatin moving towards the Pro-Chancellor

Fatin and me

Fatin, ayah and me

Me...before the procession into the hall
Lagi 1 1/2 tahun insyaAllah, panjang umur, lagi sekali Fatin akan menaiki tangga yang sama untuk ijazah pertamanya pula.

Mudah2an adik2 Fatin akan cemerlang seperti Fatin juga...aminnnn....

Monday, 13 May 2013

Burning the midnight oil

Huhu....malam ni i tidur lewat! Unbelieveable! Selalu waktu begini, i sudah tak sedar apa2...ini sudah melewati pukul 1.00 pagi.

Sebenarnya i terpaksa tidur lewat kerana i harus menyiapkan apa yang i dah plan nak buat. Sepanjang 2 minggu kebelakangan ini, i kekurangan mood nak buat apa2. Sengaja i tangguhkan perkara yang seharusnya i lakukan. Bila masa terluang, i lebih suka merehatkan otak i...tidur. So enough of sleep, malam ni, kena tidur lewat sikit.

Bagaimanapun, syukurlah...Allah mudahkan urusan i. Perkara yang pada mulanya i fikir aduhhh...pukul 4 pagi baru siap ni....rupanya, selesai segera. Aminnnn....memang i tumpu perhatian betul pada kerja i ini.

Harapnya esok i tidak pula tersengguk semasa berlangsungnya konvokesyen Fatin....Tahniah Fatin! Esok, anak ibu akan menggenggam diplomanya...a hard-earned diploma, toiled over 2 1/2 year. Syukur sangat2 Fatin berjaya dengan cemerlangnya. Esok, i akan berbangga kerana anak i adalah salah seorang yang cemerlang.

Time for me to blow off the midnight flame....off to bed now....sweet dreams everyone!

Sunday, 12 May 2013

Macam2 ragam belajar!

Itulah anak2 i...

Semalam suami i beritau i, Danish ada cara pelik belajar. I dengar tetapi tak ambil pusing. Bila i balik dari kerja, anak2 perempuan i komen yang sama. Kata Fatin, 'Ibu, Danish belajar pelik tau Bu. Dia duduk dalam gelap dan guna torchlight untuk membaca.' Laaa....teringin untuk belajar guna lampu minyak tanah kot anak lelaki i ni.

Kamalia pulak, bila tanya dia,'Adik dah belajar?' Dia buat tak tau aje. Bila kita bagitau dia, apa yang dia kena belajar...segera dia menjawab, 'Kawan dah belajar dah tu, kawan dah tau...' Tapi bila test, tak boleh pulak jawab. Ish!

Husna pulak, bila tanya, 'Ada kerja rumah tak?' 'Ada, dah siapkan kat sekolah.' Bila suruh belajar, pun buat tak tau...tapi so far, she did well. 

Fatin...aduhaii...sangat rajinnya Fatin belajar. I pun kena tabik spring kat dia. Dan kerana rajinnya dia, setakat ini, keputusan peperiksaan dia, amat memuaskan. Alhamdulillah.

Isyrak pulak...nampak relaks je. So far, dia ok jugak.

Fatihah...sedang honeymoon sebab menunggu keputusan untuk masuk ke universiti. Setakat ini dia habiskan masa depan pc atau baca buku2 cerita yang berlambak tu selain tidurrrrrr...

Izzati pulak, baru kejap tadi mengadu...'Ibu, Zati tak faham banyak la Modern Maths. Bila tanya cikgu, cikgu pulak marah2...' Ini yang buat i bengang ni. Bila i bagitau i nak kontek pengetua sekolah, Izzati kata,'tak payah lah ibu...Zati dengan kawan2 akan tanya kawan2 dari kelas lain nanti,' I kata, 'Balik nanti, belajar dengan Kak Tihah. Kak Tihah pandai Maths!'

Hari ini i tersedar, bahawa anak2 i adalah permata tak ternilai, harta i paling berharga di dunia ini. Melihat mereka bertengkar, bergurau, berkerjasama, menonton TV sama2...buat i rasa...bertuahnya i ada ramai anak. Syukur....

Mudah2an kesemua anak2 i berjaya dalam kehidupan masing2 dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah...aminnnn...


Saturday, 11 May 2013

Defeat

I am apolitical. That's what  I think i am. In fact, political scenario is not really my cup of tea. But i do sometimes enjoy some heated discussion with friends about some issues. Certainly i have my own opinions. I wanted to share my opinions but freedom of thought is prohibited nowadays. Still, i have great concern with what happened lately. A rally? Wow! 

Of course i am not going to comment explicitly about this. I am just sad. A defeat is a defeat. All you have to do is to do a post mortem. Liars will eventually be exposed. But these are simple thought from a simple being like me. I believe instigators of the rally will have a lot to say to my simple sentence: a defeat is a defeat...work harder! 

A coin has two sides. Each has different stories. Each represents different options. The chances are always 50:50. 

As far as i am concern, the people is being played at by all. Each person in the political arena has his/her own agenda. Each started with a very noble idea of doing good things but once success, money, power are in their hands, you either join the crowd or you die defending your noble ideas. You played your card well, you win. 

At the end though, you are answerable to the Almighty above. Never forget that!


Thursday, 9 May 2013

Diet laaaaaagi!

Itu la keje i ...mencuba dan terus mencuba...

Bila tengok si polan si polan yang kiut miut, hati pun teringin. Lupa diri sebentar bahawa, suatu ketika dulu, i macam tu jugak. Masa muda belia...sekarang dah 4 series...

Pagi ni, inilah breakfast i: 


Roti wholemeal disapu butter, pas tu letak daun salad. pas tu beberapa potong epal hijau...auw! masam! Teruk kan? Kalau tak comel gak, tak tau la....hehehehehe....

Sebenarnya, waktu pagi memang kena makan like a king...cuma i ni suka wholemeal bread. Dan i memang pernah amalkan makan ini, tapi waktu tengahari, dua tiga bulan makan roti dan salad. Memang ada yang perasan i nampak susut dari biasa. So, kena disiplin la kan. Itu berlaku lima tahun dahulu. Sejak tu, rasa macam dah tambah lagi berat badan...must tell you though, yo-yo diet is not good. The best is still, makan secara berhemah, makan la apapun.

Kata orang, untuk kempiskan perut, boleh amalkan minum sesudu apple vinegar dua kali sehari, pagi dan malam. Nak cuba? Cuba la....

Wednesday, 8 May 2013

Hilang kawan...

I hilang kawan...i tak tau ke mana kawan i ni pergi. Selalu pagi2, untuk ceriakan hari, i dan kawan i akan bertegur sapa. Selalu je i menyakat kawan i ni. Kadang2 i rasa, seperti ,'mulut tak ada insurans' bila i sakat dia. Selalu i meminta maaf kalau kata2 i mengguris hati dia. Tapi kawan i selalu bagitau i, dia ok. 

Entah kenapa sudah lebih dua minggu kawan i ni menghilang. I risau juga. Maklumla...kawan...bimbang jika ada sesuatu yang buruk berlaku. Memang senyap terus kawan i ni. Kenapa ye?

You all ada tak pernah kehilangan kawan macam i ni? Rasa sedih tak? Ye la...tetiba aje senyap sunyi. 

Ini kali kedua i hilang kawan begitu sahaja. Bila kita dah lama berkawan dan sudah mesra, tentu sahaja kita akan bimbangkan kawan kita apabila senyap sunyi secara tiba2. Betul tak?

Apa2pun i berdoa, semoga tiada perkara buruk yang menimpa kawan i ini. Mungkin dia sibuk. Mungkin dia beralih angin. Hilang telefon ke...mana tau kan. 

Sekiranya kawan i ini terbaca coretan i, i hanya nak mohon maaf kepada dia kerana dalam gurauan sebagai kawan, pastinya i pernah menyinggung perasaan dia. Dan jika dia menghilang kerana sikap i yang kadang 'terlampau', i amat berharap agar kawan i sudi memaafkan i. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan i...

Wednesday, 1 May 2013

I need some rest!

Obviously, that is what my body told me...and i have been ignoring what my body requesting...

Semalam cuti Hari Pekerja, i masih bekerja...bukan sebagai suri rumah....tetapi straining my eyes in front of my lappy, downloading teaching materials, reading papers, building test questions. Mak aiiii! Mata mengantuk dan dah berkali i bercadang nak tidur...tapi semangat menyebabkan i terus bekerja. Dari seawal 4.00 pagi, break memasak, then sambung balik, sehingga ke pukul 8.00 malam. Nasib baik husband tak bising. Rasanya dia prefer i buat kerja di rumah dari tiada di rumah kot.

Dalam i menyibukkan diri depan lappy, sempat i buat nasi ayam tau...permintaan dari Fatin sehari sebelum tu. Alhamdulillah...i rasa hasilnya bagus kot sebab semua anak2 i berulang kali makan.

Kata kawan i,'kerja mana boleh habis selalu...nanti esok lusa tak ada kerja pulak...' Begitulah i rasa, hampir seharian berusaha di depan lappy ni, masih juga i tak mampu nak pastikan semua yang i plan siap. Tambah2 part menulis artikel jurnal ni. Sabar je la...

Malam sempat gak i bersantai mengeluarkan peluh bersama2 kawan2 ... bersenamrobik.

Hari ini, dekat 20x dah i menguap. I rasa badan i ni dah letih sangat. Akal yang waras dok kata, 'p la cuti Ana!' Aduhaiiii...bila agaknya pitih nak jatuh dari langit ek? hehehehehe...

Selamat mengundi semua!