Friday 31 May 2013

Never ending job

Sehari yang lepas i stay di Holiday Villa selama 3 malam, malam ni i berada di Seremban pula...2 malam lagi bermalam di luar rumah. Begitulah kerja. A never ending tasks...berterusan, berturutan...apabila kawan-kawan lain boleh berehat selepas berbengkel lama, i dan beberapa kawan dari jabatan yang sama, tak dapat nak bercuti...kena ke pejabat, semak dokumen...buat persediaan untuk mesyuarat besar lain pulak.

Selama hampir dua bulan yang lalu, i tidak mempunyai semangat bekerja yang tinggi...letih, penat...hilang semangat. Buat kerja kerana terpaksa. Alhamdulillah..semangat i dah pulih. InsyaAllah, dah boleh fokus semula walaupun peluang berehat lama tiada pun.

Yang kasihan ialah anak2 i...mereka ni selalu je kena tinggal, dan bila mereka bercuti sekolah, i pulak selalu tiada di rumah. Ada ketika i rasakan, anak2 i ni tak bertuah kerana punya ibu yang mementingkan kerja berbanding mereka...sebenarnya, bukan itu yang i mahu. Tetapi itulah kenyataannya...i jarang bercuti. I memang harus selalu bersyukur kerana anak2 i memahami tugas ibu dan i berdoa agar pengorbanan yang terpaksa diambil ini, berbaloi akhirnya.

No comments:

Post a Comment