Sunday, 12 May 2013

Macam2 ragam belajar!

Itulah anak2 i...

Semalam suami i beritau i, Danish ada cara pelik belajar. I dengar tetapi tak ambil pusing. Bila i balik dari kerja, anak2 perempuan i komen yang sama. Kata Fatin, 'Ibu, Danish belajar pelik tau Bu. Dia duduk dalam gelap dan guna torchlight untuk membaca.' Laaa....teringin untuk belajar guna lampu minyak tanah kot anak lelaki i ni.

Kamalia pulak, bila tanya dia,'Adik dah belajar?' Dia buat tak tau aje. Bila kita bagitau dia, apa yang dia kena belajar...segera dia menjawab, 'Kawan dah belajar dah tu, kawan dah tau...' Tapi bila test, tak boleh pulak jawab. Ish!

Husna pulak, bila tanya, 'Ada kerja rumah tak?' 'Ada, dah siapkan kat sekolah.' Bila suruh belajar, pun buat tak tau...tapi so far, she did well. 

Fatin...aduhaii...sangat rajinnya Fatin belajar. I pun kena tabik spring kat dia. Dan kerana rajinnya dia, setakat ini, keputusan peperiksaan dia, amat memuaskan. Alhamdulillah.

Isyrak pulak...nampak relaks je. So far, dia ok jugak.

Fatihah...sedang honeymoon sebab menunggu keputusan untuk masuk ke universiti. Setakat ini dia habiskan masa depan pc atau baca buku2 cerita yang berlambak tu selain tidurrrrrr...

Izzati pulak, baru kejap tadi mengadu...'Ibu, Zati tak faham banyak la Modern Maths. Bila tanya cikgu, cikgu pulak marah2...' Ini yang buat i bengang ni. Bila i bagitau i nak kontek pengetua sekolah, Izzati kata,'tak payah lah ibu...Zati dengan kawan2 akan tanya kawan2 dari kelas lain nanti,' I kata, 'Balik nanti, belajar dengan Kak Tihah. Kak Tihah pandai Maths!'

Hari ini i tersedar, bahawa anak2 i adalah permata tak ternilai, harta i paling berharga di dunia ini. Melihat mereka bertengkar, bergurau, berkerjasama, menonton TV sama2...buat i rasa...bertuahnya i ada ramai anak. Syukur....

Mudah2an kesemua anak2 i berjaya dalam kehidupan masing2 dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah...aminnnn...


No comments:

Post a Comment