I hilang kawan...i tak tau ke mana kawan i ni pergi. Selalu pagi2, untuk ceriakan hari, i dan kawan i akan bertegur sapa. Selalu je i menyakat kawan i ni. Kadang2 i rasa, seperti ,'mulut tak ada insurans' bila i sakat dia. Selalu i meminta maaf kalau kata2 i mengguris hati dia. Tapi kawan i selalu bagitau i, dia ok.
Entah kenapa sudah lebih dua minggu kawan i ni menghilang. I risau juga. Maklumla...kawan...bimbang jika ada sesuatu yang buruk berlaku. Memang senyap terus kawan i ni. Kenapa ye?
You all ada tak pernah kehilangan kawan macam i ni? Rasa sedih tak? Ye la...tetiba aje senyap sunyi.
Ini kali kedua i hilang kawan begitu sahaja. Bila kita dah lama berkawan dan sudah mesra, tentu sahaja kita akan bimbangkan kawan kita apabila senyap sunyi secara tiba2. Betul tak?
Apa2pun i berdoa, semoga tiada perkara buruk yang menimpa kawan i ini. Mungkin dia sibuk. Mungkin dia beralih angin. Hilang telefon ke...mana tau kan.
Sekiranya kawan i ini terbaca coretan i, i hanya nak mohon maaf kepada dia kerana dalam gurauan sebagai kawan, pastinya i pernah menyinggung perasaan dia. Dan jika dia menghilang kerana sikap i yang kadang 'terlampau', i amat berharap agar kawan i sudi memaafkan i. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan i...
No comments:
Post a Comment