Thursday, 31 October 2013

Kisahnya is3

Kisah bermula semasa i dalam perjalanan pulang dari KT menaiki pesawat MAS baru2 ini. Sesampai i di tempat duduk i, sudah ada dua penumpang lain di situ. Tempat duduk i dekat tepi sekali sebelah tingkap. Mereka mengosongkan ruang tengah untuk i. Lantas i meminta izin untuk duduk di tempat duduk tepi, bahagian aisle. Tak kan la i nak minta dua lelaki tu berdiri beri i laluan untuk duduk di tepi tingkap kan...segan...

Penumpang lelaki sebelah i tu cukup la ramahnya. Macam2 soalan dia tanya i. I jawab la sikit2 penuh rahsia. Akhirnya keluarla kisah is3 ini. Bermula dengan cerita dia yang dia mempunyai 10 orang anak. I memang terkejut besar la dengar makluman tu sebab i rasa susah sekarang ni nak jumpa sesiapa yang ramai anak. Apabila dia bertanyakan i bilangan anak i, i pun selamba la jawab: 7. Dia pun terkejut. Nasib baik i duduk...sebab dia pandang i dari atas ke bawah (dalam keadaan duduk tu) dan beri komen yang huh! kembang i dengar...hehehehe

Kami berbual lagi. Dia cerita pasal pekerjaan dia dan sangkut kepada hal poligami. Dan i beritau dia sejujurnya pandangan i. Kemudian apabila i bertanya pasal isteri dia...cepat dia menjawab: i belum beris3. Bulat mata i memandang wajah lelaki itu sebab, awal2 tadi dah bagi tau i, dia ada 10 orang anak. Sekarang dia beritau i pulak...dia belum beristeri.

Bila dia nampak mata i yang tak percaya tu, terus dia sambung dengan berkata: betul la i belum beris3, tapi i dan beris-one dan beris-two. Lerrrr......tertipu i rupanya. Sambil tu..i terketawa untuk beberapa ketika.

Lelaki itu meneruskan kata2 : tu sebab i ada 10 orang anak, 5 dari is-one dan 5 dari is-two. Hehehehehe...Katanya lagi: so i memang belum beris-three. Bila i tanya: ada ke ura2 tu...dia senyum2. 

Seronok juga berbual dengan seseorang seperti dia. Pujian dia pada i buat i kembang semangkuk sepanjang penerbangan dari KT ke KLIA.

Oh lelaki...lelaki...belum beris-three rupanya!


Friday, 25 October 2013

Cermin diri

Hari ini, sekali lagi, dalam i memandu kereta perlahan2 mengekori kereta-kereta lain menuju ke destinasi kerja, terlintas dalam fikiran i tentang hidup i. Sudah empat series, apa yang sudah i capai setakat ini...?

Jeles i bila membaca cerita orang lain yang berjaya itu dan ini...i rasa, i tak ke mana pun. Tak banyak yang i lakukan dalam hidup i ini yang boleh dibanggakan.

Alaaa...setakat pencapaian akademik, siapapun mampu capai. Itu lah cetusan di fikiran i pagi tadi.

Harta yang ada selain ilmu yang amat sedikit, adalah anak2 yang 7 orang itu. Lain2...i tiada. 

Ada orang mengumpul banyak harta...wang ringgit, rumah, tanah, entah apa lagi...i? 

Ada orang menulis artikel berpuluh, beratus...menulis buku berbelas...menjadi konsultan kepada ramai / banyak orang dan organisasi...i?

Ada orang dah ke Tanah Suci pada usia muda...i?

Aduhaiii...terkeluh juga di hati i. 

Memang la kena tepuk dada tanya selera kan. Kalau orang lain boleh buat, mengapa i tak boleh kan? Hmmm...


Thursday, 24 October 2013

Aduhai...comel nye...

Pagi tadi sedang i memandu perlahan2 mengekori deretan kereta yang kesemuanya menuju ke arah sama, tiba2 mata i terpaku melihat sebuah kereta yang pada pandangan mata i...comelnya!

I memang minat kereta jenis seperti Beetle Volkswagen atau Morris Minor atau Mini Cooper. Kereta yang i nampak ni...i tak tau la jenama apa. Tapi comel betul la...dengan tayar besar (bukan standard tyre), pendek, very very sporty...Nak amik gambar, segan pulak and takut juga jika tuan punya kereta tak suka kan...



     

These are my favorites! 

Memang i jeling habis kat kereta tu...bukan tuannya...sebab tuan kereta tu perokok...yang tu i tak minat!

Sunday, 20 October 2013

Mudah2an tertunai hasrat

Baru2 ni Bos i beri berita baik kepada kami di pejabat. Mudah2an benar2 terjadi la apa yang dimaklumkan itu.

Kisahnya bermula dengan kunjungan sepasang suami isteri yang kini berkerja di salah sebuah negara Arab. Mereka tertarik membaca paparan dalam laman web pejabat kami. Mereka memang mahukan sesuatu yang boleh membantu mereka menjalankan tanggung jawab mereka dengan lebih baik di tempat mereka berkerja sekarang. Semasa kunjungan mereka berdua, bos kami berjaya impressed mereka dengan maklumat aktiviti dan kepakaran kami. Huh! Kepakaran tuh...


Pasangan suami isteri itu memang sungguh berminat dengan persembahan kami. Dan mereka berjanji akan membentangkan hasil kunjungan mereka kepada bos mereka pula. Mereka merasakan bos mereka juga akan turut tertarik. Kata mereka, jika bos mereka tertarik, mereka akan menjemput kami semua ke sana. Wah! Itu yang membuat kami semua teruja tu.

Dan itulah berita yang disampaikan oleh bos kami baru2 ini. Bertambah teruja kami semua. Masing2 menyimpan hasrat paling besar...haji kecil. Ya Allah...mudah2an tertunai hasrat kami semua.

Kejap lagi i kena update CV i untuk dihantar kepada pihak di tanah Arab tu....lama betul tak update CV ni...

Here we go...

Saturday, 19 October 2013

Eh! Dah tamat tempoh rupanya!

I rasa kelakar betul la...memang i expect tarikh keramat ini tetapi bila tiba harinya...i boleh terlepas pandang. I hanya tersedar semasa i semak penyata gaji i dan terhairan sebab macam ada yang kurang....rupanya memang la kurang...elaun tu dah tiada...elaun tu memang ditiadakan sebab...tempoh jawatan i dah tamat!

Memang kelakar!

Sudah dua minggu rupanya i menjalankan tugas yang bukan lagi di bawah portfolio i. Kawan i yang sama tarikh perlantikan dengan i pun, baru sedar macam i. Kami sama2 rasa : valid lagi ke arahan kita ni? 

Bila kami bagitau bos pun, dia terkejut and cepat2 menghubungi bahagian pentadbiran and minta diuruskan segera. I selamba je bagitau bos, ' kalau kami tiada di pejabat, ok kot....! Kami dah tamat perkhidmatan...' Hehehehehe...

Thursday, 17 October 2013

Masak2 di kebun

Alhamdulillah, pada Hari Raya Haji tahun ini, kami adik beradik mendapat rezeki untuk membuat sedikit korban. Seekor lembu yang cun telah terpilih...


Cun kannnn...kata husband i, lembu ni nampak sihat, kulit bersih berkilat.

Aktiviti dijalankan di kampung i, di tempat yang kami adik beradik panggil sebagai 'kebun' sebab tanah tu jauh dari rumah orang-orang kampung, kepunyaan kami adik beradik dan pakcik i, ditanam dengan beberapa jenis pokok buah-buahan. Hanya kami adik beradik dan seorang kawan pakcik i yang membuat kerja-kerja melapah lembu, menimbang dan membungkus daging untuk agihan. Banyak juga daging yang diperolehi...hampir 100 kg. 


Kerja-kerja melapah sedang giat dijalankan


Masih lagi melapah kulit...payah jugak ek!
I telah ditugaskan untuk memasak...wah! tugas yang enteng itu. Hehehehe...i datang siap dengan sayur yang sudah siap dimasak. Adik beradik i kata, i kena masak nasi, kari dan sup tulang. I ok aje...bukan susah...campak je semua bahan dalam periuk kan...tadaaaaaa....lauk dah siap...hehehehehe...

I bukan masak sorang, kakak ipar i turut membantu memasak. Kami memasak menggunakan unggun api bekas bakar daun-daun kering...buat sendiri dapur guna batu bata. Voila! Siap dapur...terus je kami tanak nasi....


Dapur tradisional....back to basics!
Selesai tanak nasi, sementara kakak ipar i rendam periuk dari keraknya, i pun memotong daging batang pinang hasil lapahan lembu tadi. Lembut sungguh...daging pun cantik. Siap mendadu dan membasuh daging, terus tumis bahan2 untuk kari daging lembu...senang je masak. About 15 - 20 minit, siap la kari...daging lembut...caya la!

Sementara kakak ipar mencedok kari ke bekas lain, i dah pergi mengutip tulang-tulang yang bersesuaian untuk sup tulang. Of course, i pilih bahagian rusuk dan gear box! 


Anak i dan anak buah sedang melapah kulit dari ekor lembu...tu nak buat masak sup ler tu...
Apabila sup sudah di atas api, kami pun menjamu selera di bawah bangsal di bawah pokok durian, dengan kipas angin semula jadi. Seronok sakan masing-masing. Solat pun di bawah pokok rambutan. Buah durian pun ada tetapi masih di atas pokok, belum musim gugur. Kalau tidak....ini jenis durian yang mempunyai isi tebal dan rasa yang...susah nak cerita betapa enaknya.

Apapun, kesemua aktiviti selesai dalam pukul 4.00 petang, masing-masing mengangkut semua barang yang dibawa untuk pulang ke rumah masing-masing. Anak2 i nampak seronok bertemu sepupu2 dan merasa berkelah di 'kebun' di kampung. 

Begitulah tamatnya kisah di Hari Raya Haji tahun 2013 ini. Bagaimana Hari Raya Haji kawan2 semua?



Saturday, 12 October 2013

Suka sangat! Terima kasih ye...

Ada seorang sahabat i ni, cukup rajin hantar ucapan2 selamat kepada i melalui ruang WA. Setiap kali i terima, memang terpegun mata i sejenak, bibir tersenyum, hati gembira sebab apa yang dikirimkan, cantik di mata i bersekali dengan ucapan atau kata2 yang menarik. 

Nah! I share ngan kawan2 apa yang i terima:














Terima kasih sahabat...semua ini adalah penyeri hari i. Maaf tak dapat nak balas yang sama sebab...i bukan sekreatif dan serajin u sahabat. Dan i kagum dengan beberapa kreativiti yang pernah i lihat setakat ini.

Terima kasih sekali lagi!


Friday, 11 October 2013

Bos mimpikan i...! Huh!

Hehehehehe...teruja pun ada, segan pun ada....

Itulah kisahnya apabila i terbaca mesej WA beberapa hari yang lepas. Bos i yang berada di Tanah Suci Mekah sempat berWA dengan kami staf di Malaysia. Selalu bila bualan di WA menjadi satu rentetan yang panjang menjela, i skip membaca semua sebab tak larat nak ikut. Tetapi bila nampak nama i disebut2 beberapa kawan...i pun jadi pelik. Ada yang tulis, "Untungla Rozzana...".

I pun apa lagi...scroll ler...baru terbaca kisah...

Rupanya Bos i termimpi kan i dan juga seorang lagi staf lain, sedang rajin bekerja. Kata Bos i...mimpi tu berlaku pada malam Jumaat...huh! Caya la Bos! Nasib baik mimpi yang baik2 ...Camni i tak boleh main2 la keje...kena serius! Hehehehehe...

Apa2pun, i dapat tahu besar kemungkinan akan berlaku sedikit rombakan di pejabat apabila Bos kembali dari Haji kelak. Hmmmm...apa agaknya perubahan yang akan berlaku? Dan term i dengan jawatan inipun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mungkinkah...?

Thursday, 10 October 2013

Yes!!

Alhamdulillah..hari ini hari terakhir untuk salah satu slot mengajar i...insyaAllah masa yang terluang selepas ini akan dimanafaat untuk upgrade diri sendiri. Bukan senang nak ada masa terluang pada hari2 biasa...

Bila tiba hujung minggu pula...mestilah nak santai, rehatkan minda...rileks dengan buah2 hati di rumah. Kalau terrajin, terringan tulang...buatlah spring cleaning pulak. Masalah spring cleaning ni, i akan alami serangan sinusitis yang teruk yang akan buat i lapar memanjang. 

And minggu hadapan, Hari Raya Haji...seekor lembu bakal tumbang untuk kami adik beradik...syukur...


---Selamat Hari Raya AidilAdha semua---

Wednesday, 9 October 2013

Terima kasih!

Alhamdulillahhhh...semalam i merasa makan tengahari yang sangat mengenyangkan sehingga tak boleh nak bengkokkan badan.

Semalam adalah hari i bertemu seseorang yang lama amat i tak bertemunya. Dia datang bertemankan anak2nya. I seronok dapat berkenalan dengan anak2 yang selama ini kami share bercerita. Cantik dan hensem anak2 yang dibawa. Dan i seperti biasa, tak la kekok dengan sesiapapun...rileks dan enjoy the moment.

Kawan i minta i pilih apa saja i nak makan dari menu yang tersedia. Memang seronok bila ada yang sudi menjamu kita...tapi bila banyak sangat pilihan, susah juga nak pilih. Rambang mata! Malangnya apa yang i hendak, tertulis dalam menu tetapi tiada untuk hidangan...hmmmm...pilih lain la. 

Sepatutnya i menolak nasi yang disenduk ke dalam pinggan i. Lebih dari biasa banyaknya pulak tu. Tetapi, selepas tamat perbincangan di pejabat, i terasa sangat lapar dan terasa seperti nak makan banyak. Akhirnya....terkulat2 i nak habiskan pesanan dan of course, nasi masih tersisa dalam pinggan.

Kawan i ni semakin kurus akibat sakitnya. I berdoa semoga dia tidak akan melalui detik perit sakit yang pernah dialami. Cukuplah Allah menguji dia. Alhamdulillah...i berkesempatan berjumpanya semula selepas lebih satu tahun kami tidak bertegur sapa sesama sendiri.

Terima kasih kerana sudi menjemput i, memperkenalkan i kepada anak2 yang sopan dan sweet tu serta belanja i makan makanan yang yummmy tu!