Thursday, 31 October 2013

Kisahnya is3

Kisah bermula semasa i dalam perjalanan pulang dari KT menaiki pesawat MAS baru2 ini. Sesampai i di tempat duduk i, sudah ada dua penumpang lain di situ. Tempat duduk i dekat tepi sekali sebelah tingkap. Mereka mengosongkan ruang tengah untuk i. Lantas i meminta izin untuk duduk di tempat duduk tepi, bahagian aisle. Tak kan la i nak minta dua lelaki tu berdiri beri i laluan untuk duduk di tepi tingkap kan...segan...

Penumpang lelaki sebelah i tu cukup la ramahnya. Macam2 soalan dia tanya i. I jawab la sikit2 penuh rahsia. Akhirnya keluarla kisah is3 ini. Bermula dengan cerita dia yang dia mempunyai 10 orang anak. I memang terkejut besar la dengar makluman tu sebab i rasa susah sekarang ni nak jumpa sesiapa yang ramai anak. Apabila dia bertanyakan i bilangan anak i, i pun selamba la jawab: 7. Dia pun terkejut. Nasib baik i duduk...sebab dia pandang i dari atas ke bawah (dalam keadaan duduk tu) dan beri komen yang huh! kembang i dengar...hehehehe

Kami berbual lagi. Dia cerita pasal pekerjaan dia dan sangkut kepada hal poligami. Dan i beritau dia sejujurnya pandangan i. Kemudian apabila i bertanya pasal isteri dia...cepat dia menjawab: i belum beris3. Bulat mata i memandang wajah lelaki itu sebab, awal2 tadi dah bagi tau i, dia ada 10 orang anak. Sekarang dia beritau i pulak...dia belum beristeri.

Bila dia nampak mata i yang tak percaya tu, terus dia sambung dengan berkata: betul la i belum beris3, tapi i dan beris-one dan beris-two. Lerrrr......tertipu i rupanya. Sambil tu..i terketawa untuk beberapa ketika.

Lelaki itu meneruskan kata2 : tu sebab i ada 10 orang anak, 5 dari is-one dan 5 dari is-two. Hehehehehe...Katanya lagi: so i memang belum beris-three. Bila i tanya: ada ke ura2 tu...dia senyum2. 

Seronok juga berbual dengan seseorang seperti dia. Pujian dia pada i buat i kembang semangkuk sepanjang penerbangan dari KT ke KLIA.

Oh lelaki...lelaki...belum beris-three rupanya!


No comments:

Post a Comment